Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hampir Sejuta Orang Dijangkiti...

NEW YORK - Jumlah jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) di seluruh dunia kini mencecah...

Polis Tahan 6 Individu...

LAHAD DATU - Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita warga asing yang...

TERKINI: Dua Pesawat Ryanair...

DUA pesawat Ryanair dilaporkan telah bertembung ketika mahu berlepas di Lapangan Terbang Dublin,...

PAC Berjumpa Semula Esok...

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan diadakan esok...

Najib Tanya Azmin, Adakah Singapura Rasuah Rakyatnya?

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak minta Datuk Seri Azmin Ali memperjelaskan apakah Singapura juga dianggap sebagai merasuah rakyatnya apabila beri bantuan wang tunai hasil daripada kutipan GST.

Najib berkata, konsep “direct cash transfer” dan pulangan duit GST kepada golongan B40 ini bukan perkara baru dalam segi ekonomi.

“Antara banyak lagi negara, negara jiran kita Singapura juga ada skim seperti BR1M yang mereka memberi nama “GST Voucher” yang dibayar setiap tahun.

“Untuk tahun 2018, Singapura membayar S$1 bilion (RM3 bilion) kepada 1.6 juta warganegara yang berpendapatan S$28,000 setahun dan ke bawah iaitu purata S$625 (RM1,875) seorang.

“Saya hendak tanya Azmin: Adakah kerajaan Singapura telah gagal ataupun mereka membeli atau memanjakan rakyat mereka juga kerana mereka ada skim seperti BR1M?” katanya.

Berikutan kenyataan penuh Najib di Facebook:

Semalam di Dewan Negara, Menteri Hal-Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali membuat kenyataan agak pelik mendakwa BR1M ialah satu rasuah dan bantuan itu dianggap bukti bahawa kerajaan BN gagal untuk membantu golongan B40.

Alasan diberikan Azmin Ali, ini kerana kerajaan BN gagal untuk mempertingkatkan golongan B40 menjadi golongan M40.

Saya percaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini keliru dengan kefahaman konsep ekonomi dan matematik beliau.

Pada setiap masa, golongan B40 memang akan wujud. Ini konsep matematik asas!

B40 bermakna kumpulan rakyat berpendapatan 40% paling rendah. Oleh itu, ini tidak bermakna jika kesemua golongan B40 dipertingkat menjadi M40 maka tiada lagi kewujudan golongan B40.

Contohnya, B40 adalah dari pendapatan RM4,000 sebulan namun jika pendapatan rakyat meningkat satu kali ganda pada masa depan, B40 akan diklasifikasi daripada mereka yang terima pendapatan RM8,000 sebulan.


Pada setiap masa juga, akan ada keluarga yang keluar dari kumpulan B40 akibat kenaikkan pendapatan mereka dan ada keluarga yang baru masuk ke dalamnya.

Mungkin Menteri ekonomi kita kurang faham. BR1M bukan sekadar skim bagi membasmi kemiskinan. Untuk tujuan itu, ada banyak lagi skim lain dijalankan seperti di bawah jabatan kebajikan dan skim 1Azam.

Tujuan utama BR1M ialah satu kaedah pengagihan semula pendapatan daripada golongan 60 peratus kumpulan terkaya kepada golongan 40 peratus pendapatan terendah dan sebagai pengerak ekonomi terutama di luar bandar atau di bandar kecil. Itu tujuan sebenarnya dan penting dalam mengurangkan jurang pendapatan di Malaysia antara yang kaya dengan miskin dan bandar dengan luar bandar.

Wang dari GST yang kita perolehi dari golongan yang kaya, yang mengelak cukai dan dari ekonomi gelap yang kebanyakannya di bandar besar, kita dapat agih dan pulangkan kepada golongan B40 yang biasanya di luar bandar ataupun bandar kecil untuk meningkatkan pendapatan dan merancakkan ekonomi tempatan mereka.

Konsep “direct cash transfer” dan pulangan duit GST kepada golongan B40 ini bukan perkara baru dalam segi ekonomi.

Antara banyak lagi negara, negara jiran kita Singapura juga ada skim seperti BR1M yang mereka memberi nama “GST Voucher” yang dibayar setiap tahun.

Untuk tahun 2018, Singapura membayar SGD1 billion (RM3 bilion) kepada 1.6 juta warganegara yang berpendapatan SGD28,000 setahun dan ke bawah iaitu purata SGD625 (RM1,875) seorang.

Saya hendak tanya Azmin: Adakah kerajaan Singapura telah gagal ataupun mereka membeli atau memanjakan rakyat mereka juga kerana mereka ada skim seperti BR1M? – UTUSAN ONLINE

Kategori