Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Nidzam Adha...

DILEMA hilang satu, dapat satu. Itu yang dialami ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam...

Malaysia Juara Keseluruhan World...

SEPANG - Kontinjen Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali ketujuh di kejohanan...

Abdul Gani Bergelar Peguambela...

KUALA LUMPUR - Selepas bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lepas, Tan...

Agong Kurnia Surat Cara...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Negara Perlu IPT Yang Fleksibel Bagi Mengharungi Cabaran

NIBONG TEBAL – Malaysia memerlukan institusi pengajian tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu agar tidak jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata cabaran teknologi baharu yang kompleks itu perlu diberi penekanan sewajarnya bagi memastikan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital kini.

Beliau berkata pendidikan memainkan peranan yang amat penting terutama dalam mempersiapkan pelajar agar dapat berubah selaras dengan teknologi terkini.

“Dalam kemajuan teknologi ini, pelajar bukan sahaja perlu bijak untuk mendapatkan maklumat bagi menyokong perkembangan ilmu mereka tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk mengoptimum ilmu yang dimiliki.

“Apa yang penting, kefahaman terhadap maklumat ilmu dan kebijaksanaan dalam kehidupan yang berterusan akan membantu mereka menghadapi cabaran dalam setiap revolusi,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pelajar-Pelajar PERDA-TECH di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan memahami bahawa untuk mencapai ke arah negara industri, bidang teknologi dan sains adalah teras kepada kejayaan dan perlu diberi penekanan.

Sebagaimana negara membangun yang lain, Malaysia juga perlu bergerak ke arah menjadi negara masyarakat perindustrian, katanya.

Wan Azizah berkata kerajaan telah meletakkan satu landasan yang betul bagi menjamin kelangsungan Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia agar terus menjadi pencipta tenaga kerja yang berkembang seiring dengan revolusi industri.

“Walaupun negara ini telah mengambil langkah untuk beralih kepada penggunaan teknologi khususnya dalam sektor perindustrian, kita masih mengalami masalah mendapatkan pekerja terlatih khususnya dalam bidang teknologi.


“Keadaan ini berlaku disebabkan secara relatifnya, negara ini mempunyai tiga lapisan tenaga kerja dengan tiga teknologi dan generasi berbeza iaitu generasi dewasa (berumur lebih 40 tahun), pertengahan dan generasi yang baru keluar dari universiti atau institusi,” katanya.

Beliau berkata cabaran besar ketika ini adalah untuk meningkatkan produktiviti generasi dewasa untuk menggunakan teknologi berbanding generasi pertengahan dan yang baru keluar dari universiti.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun dalam ucapannya berkata kerajaan menyasarkan peningkatan modal insan berkemahiran tinggi kepada 35 peratus menjelang 2020.

Beliau berkata bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara berperingkat daripada 164,000 orang pada tahun 2013 kepada 225,000 orang pada tahun 2020.

“Namun, isunya negara masih kekurangan dalam aspek ini di mana 80 peratus tenaga kerja di negara ini berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hanya 25 peratus sahaja tenaga kerja di negara ini memiliki kemahiran tinggi,” katanya.

Terdahulu, Wan Azizah tmelawat Bengkel Program Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) di Institut Kemahiran Tinggi Perda dan diberi taklimat berkaitan PERDA dan PERDA-TECH. – BERNAMA

Kategori