Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Rasuah Dalam Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Usaha memerangi rasuah dalam kerajaan terus dipergiatkan, dengan 74.4 peratus...

Wan Azizah Hasut Ahli...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha memujuk Ahli Parlimen Barisan...

Zombie Run Dibenar Mufti...

KANGAR - Ketika umat Islam di Selangor kecoh dengan kontroversi penganjuran pesta arak...

DAP Bengang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang kerana ramai beranggapan perhimpunan...

Neymar Kedah Diburu 3 Kelab Ternama

ALOR SETAR – Bintang muda Kedah, Akhyar Rashid menjadi buruan dua kelab Liga Super dan satu kelab Liga 1 Thailand yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.

Menurut sumber rapat pemain yang digelar ‘Neymar Kedah’ berusia 19 tahun itu, wakil dua kelab tempatan itu sudah mengadakan proses perbincangan dan menunjukkan minat dengan tawaran masing-masing.

“Hasil rundingan, mereka memberikan tawaran hebat demi masa depan kerjaya Akhyar yang dilihat sangat berpotensi dalam industri bola sepak yang sangat kompetitif sekarang ini.

“Selain dua kelab tempatan, kelab ternama Thailand yang kini menduduki antara tangga terbaik carta Liga 1 Thailand juga menunjukkan minat dan menyatakan hasrat melalui rundingan.

“Ini juga satu peluang yang dimaklumkan kerana jika seseorang pemain itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand, maka peluang lebih cerah untuk melebarkan cita-cita beraksi di Liga Jepun.”


Sumber itu menyatakan Akhyar tidak menyangka dia kini ‘meletup’ di pasaran dan menghargai setiap tawaran yang diterima walaupun menerima kritikan dan pujian peminat ketika ini.

“Sebagai pemain Kedah, Akhyar tetap menghormati majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana dia masih mempunyai kontrak setahun.

“Sudah pasti dia akan merujuk terlebih dahulu dengan persatuan sebelum memikirkan apa-apa tawaran.” – BH Online

Kategori