Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

142 Mayat Ditemui, 39...

JAKARTA - Sebanyak 142 mayat ditemui dalam Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa nahas...

Tun M Terdesak Perguna...

ALAHAI... Gagal 'menumpang' populariti otai DAP, Lim Kit Siang yang tidak berapa gah...

ICJ Akan Dengar Kes...

THE HAGUE : Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan akan mendengar kes...

Serangan Afghanistan Ragut Nyawa...

KABUL - Sekurang-kurangnya 71 militan terbunuh manakala 34 lagi cedera dalam beberapa pertempuran...

NUJ Lulus Usul Selamatkan Utusan

KUALA LUMPUR – Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan (BDC) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia meluluskan usul mendesak campur tangan pemegang saham lain untuk menyelamatkan akhbar Utusan daripada berkubur.

Sejak UMNO meletakkan Datuk Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengerusi eksekutif, kedudukan Utusan semakin bertambah teruk dengan kakitangan lewat menerima gaji bulanan dan ia terpaksa menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang tidak adil kepada pekerja-pekerjanya baru baru ini.

Malah UMNO sendiri tidak serius untuk memulihkan Utusan dan membela nasib pekerja yang bernaung di bawahnya walaupun pelbagai desakan dilontarkan kepada parti itu, kata NUJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Majlis Tertinggi NUJ di sini, malam ini.

NUJ mendesak setiausaha syarikat supaya memanggil persidangan tergempar dalam kalangan pemegang saham untuk menentukan hala tuju Utusan sebelum terlambat.

Lebih mengecewakan apabila Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang bersidang ketika ini tidak langsung menjadikan isu menyelamatkan Utusan ini sebagai agenda utama mereka.

Sementara itu, pada BDC NUJ Ke-21 yang berlangsung hari ini, Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua tanpa dicabar.


Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew turut mempertahankan kedudukannya dengan menang tanpa bertanding.

Barisan jawatankuasa lain NUJ terdiri daripada Latip Mat Radzi dan Farah Marshita Abdul Patah (Naib Presiden) , Chin Sung Chew (Setiausaha Agung), Mohd Hidhir Basaruddin dan Yau Choon Hiam (Timbalan Setiausaha Agung), Baharuddin Reseh Hj. Yaacob (Bendahari Agung), Wan Noor Hayati Wan Alias (Timbalan Bendahari Agung); Barisan Exco Mohammad Sudirman Mohd Tahir (NUJ-NSTP), Muhammad Basir Abu Bakar – (NUJ-Utusan), Chan Pei Li (NUJ-Sin Chew Media), Qishin Tariq (NUJ-Star), So Yuen Ling (NUJ-Nanyang), Loo Lai Yong (NUJ-Kwong Wah), Timothy Achariam (NUJ-Sun), Firhat Yasir Omar Sudi (NUJ-Utusan Karya). – BERNAMA

Kategori