Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Didakwa Edar...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Suami Isteri Gaduh Pasal...

BULAWAYO - Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya,...

Penyokong PAS Protes Calon...

Segelintir penyokong PAS dipercayai menurunkan sebahagian bendera parti itu sebagai tanda protes terhadap...

Perkampungan Atas Air Sabah...

KOTA KINABALU – Dua kebakaran yang memusnahkan kediaman di perkampungan atas air dalam...

Nurul Izzah Sokong Cadangan Jambatan Labuan

LABUAN – Parti Keadilan Rakyat menyokong cadangan pembinaan jambatan Labuan yang sudah lama tertangguh dengan menyifatkannya sebagai cara perhubungan yang cekap dan selamat antara penduduk pulau bekas cukai ini dengan Sabah serta sebaliknya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata masalah pengangkutan di Sabah, Labuan dan Semenanjung sentiasa menjadi keutamaan dan fokus utama ramai pemimpin negara ini..

“Maksud saya ialah, apabila kita menggunakan laluan itu (jambatan), ia memudahkan pengangkutan untuk memastikan penduduk di sini dapat berulang-alik dengan cekap dan selamat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Jelajah Reformasi 20 Tahun Bersama Rafizi Ramli di sini malam tadi (Selasa malam).

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata isu itu harus dipertimbangkan oleh kerajaan hari ini, walaupun pembinaannya tertakluk kepada kajian dan keadaan kewangan kerajaan.

“Saya akan menulis kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (keperluan untuk merealisasikan jambatan) dan sebagai mata dan telinga rakyat kita harus memainkan peranan berdasarkan apa yang dihadapi oleh rakyat.

Sudah tentu terdapat banyak isu yang harus ditangani, lebih-lebih lagi mengenai isu-isu yang menjejaskan rakyat Labuan,” katanya.


Naib presiden PKR, Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang turut menyokong cadangan pembinaan jambatan itu.

Khalid ketika melawat Labuan hujung minggu lalu berkata kajian kemungkinan tekno-ekonomi RM15 juta mengenai jambatan Labuan-Menumbok yang dicadangkan itu telah dibatalkan kerana kosnya yang tidak munasabah, namun projek itu masih dalam pertimbangan kerajaan. – BERNAMA

Kategori