Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Biawak Tioman Pun Jadi...

Di zaman di mana media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam perhubungan...

Halang Pihak Cuba Tumbangkan...

KOTA BAHARU - Anggota dan pemimpin UMNO perlu menghalang pihak yang cuba menumbangkan...

Penat Sangat Sampai Tertidur...

'BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.Nasib yang menimpa mangsa banjir di beberapa...

Mat Dugong, 2 Rakan...

PONTIAN - Tiga rakan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Operasi SAR Cari Pemancing Di Pulau Tinggi Diteruskan

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot ketika memancing di perairan Pulau Tinggi dekat Mersing semalam, diteruskan hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Kapten Sanifah Yusof berkata operasi hari ini melibatkan keluasan kawasan pencarian sehingga 100 batu nautika.

“Operasi hari ini melibatkan sebuah kapal dan dua bot dengan kekuatan anggota seramai 71 orang daripada APMM, Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya sehingga kini masih tiada petunjuk baharu dilaporkan.

Semalam, Amran Mohamad Ayilina, 43, dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah tekong bot pancing di kedudukan 11 batu nautika dari Pulau Tinggi kira-kira 3 pagi.


Mangsa dilaporkan keluar memancing bersama enam individu termasuk tekong ke perairan tersebut. – BERNAMA

Kategori