Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Pendaki Gunung Kinabalu...

RANAU - Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung...

Kuala Krai Sejuk Luar...

AWAL tahun lalu, laporan akhbar tempatan menyebut tentang kemungkinan Malaysia mengalami cuaca sejuk...

Kerjasama Geely-Proton Contoh Baik...

DUNHUANG (Wilayah Gansu, China) - Kerjasama antara pengeluar kereta dari China, Zhejiang Geely...

Kes Bunuh T. Nhaveen...

GEORGE TOWN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes empat remaja...

Pakatan Harapan Menang PRK Balakong

BANGI – Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi mereka atas logo parti komponennya PKR pada pilihan raya umum Mei lalu.

Calon PH, Wong Siew Ki, 32 menang dengan majoriti 18,533 undi mengatasi calon MCA yang juga bertanding atas logo sendiri, Tan Chee Teong, 40.

Wong meraih 22,508 undi berbanding Tan yang hanya memperoleh 3,975 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Balakong Datuk Rosli Othman di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini kira-kira 8.30 malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Majoriti yang diperoleh itu bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi DUN berkenaan disebabkan peratusan keluar mengundi hari ini yang rendah.

Malah menurut SPR, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu mencatatkan sejarah sebagai peratusan keluar mengundi paling rendah bagi PRK setakat ini.

Ketika ditemui pemberita, Mohamed Elias berkata hanya 43 peratus daripada 62,219 pengundi DUN itu keluar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.


Katanya peratusan keluar mengundi terendah sebelum ini dicatatkan di PRK DUN Penanti iaitu sebanyak 46 peratus.

“Ini mungkin dipengaruhi mood pengundi yang kurang minat mengundi selepas sesuatu PRK itu diadakan dekat dengan sesuatu PRU. Kita lihat trend yang sama di Penanti yang diadakan selepas PRU12,ā€ katanya.

Katanya SPR akan mendapatkan maklum balas pemilih berhubung perkara itu bagi mengenal pasti sebab sebenar mereka tidak keluar mengundi.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Pada PRU14 Mei lalu, Ng daripada DAP yang bertanding menggunakan logo PKR menewaskan calon Barisan Nasional Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Kategori