Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PH, PKR Tak Bertanding...

Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang, yang akan diadakan pada 4 Julai depan.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19

Penempatan Pasukan ATM Di...

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu...

Kucing Diselamatkan Selepas Larva...

KESIAN kucing jalanan ni. Ia berjaya diselamatkan selepas veterinar menarik keluar dua larva...

Ibu Muda Berpantang Tetap...

DUNGUN - Demi negara, kesakitan melahirkan anak petang semalam tidak menghalang Aswani Mohamad,...

PAS Istiqamah Pertahan Islam – Abdul Hadi

PAS yakin pimpinan dan ahlinya akan kekal istiqamah untuk menyelamatkan masyarakat Islam serta berdepan penganut Islam yang tenggelam dalam kejahilan beragama.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kekeliruan dan fitnah Islamofobia dalam kalangan bukan Islam adalah antara cabaran dihadapi parti itu dalam mempertahankan kepemimpinan bercirikan Islam.

“Sememangnya, tidak mudah bagi PAS yang mengamalkan Islam secara terbuka dan pimpinan bercirikan Islam mengharungi pelbagai cabaran serta halangan dalam perjuangan.

“Kita menyaksikan betapa kalangan yang tidak berjati diri dalam PAS, tiba-tiba terjun melarikan diri kerana sukar beristiqamah bersama Islam secara terbuka dan memilih jalan pintas yang disangka mudah tiba ke destinasi.

“PAS berjaya memecah tembok kejahilan menerusi penambahan ahli baharu dalam kalangan penganut Islam dan bukan Islam sehingga ditubuhkan sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS, namun itu belum mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan dasarnya bertema ‘Islam Memimpin’ sempena perasmian Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Sabtu.

Turut hadir buat julung kali memenuhi undangan pada muktamar itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.


Mengulas lanjut, tambah Abdul Hadi, apa yang lebih mencabar ialah timbulnya beberapa suara sumbang yang mencabar institusi agama, istana, dan hak Bumiputera, selain gerakan memperjuangkan fahaman liberal.

Katanya, kelompok berkenaan turut cenderung kepada mazhab menyeleweng dan hubungan sejenis yang semakin berani menzahirkan diri serta bergerak bebas tanpa pengawalan.

“Semua cabaran ini menuntut kita melipatgandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi,” kata Abdul Hadi.

Selain itu, ahli Parlimen Marang tersebut turut menyatakan keyakinannya PAS akan berupaya menambah undi pada Pilihan Raya Umum ke-15. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori