Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Burung Zaman Dinosaur...

SEBUAH video amatur yang dirakam oleh seorang individu di Amerika Syarikat baru-baru ini...

Identiti Pelakon ‘Bayi Matahari’...

Bagi mereka yang pernah melalui zaman kanak-kanak sekitar tahun 90-an, pasti anda pernah...

APMM Tahan 6 Nelayan...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan satu bot nelayan Indonesia...

Kerajaan Pertimbang Jual Saham...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjual saham dalam Petronas kepada negeri-negeri...

PAS Perlu Praktikkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

KUALA NERUS — Semua anggota PAS perlu mempraktikkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) seperti yang disarankan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk dalam memelihara hubungan baik dengan kerajaan persekutuan, kata Wakil Dewan Pemuda PAS, Akram Ikrami Taib Azamudden.

“Kita tak perlu lagi sebut soal keburukan, kehancuran, mungkir janji yang dilakukan kerajaan persekutuan hari ini. Ia tak perlu dijadikan utama ceramah akan tetapi yang perlu diulang sebut ialah kejayaan dan pencapaian (PAS) di Terengganu dan Kelantan dan di seluruh negara.

“Kita perlu faham bahawa BPMS membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan dan ini tawaran PAS yang perlu diberikan kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini.

Akram Ikrami juga berkata PAS perlu mengamalkan politik damai dengan kerajaan persekutuan iaitu menyokong segala perkara baik yang dilakukan kerajaan pusat demi pentingan dan kemaslahatan rakyat.

Ini kerana biarpun PAS sudah berjaya menawan Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14, masih ramai rakyat yang belum meyakini agenda perjuangan yang dibawa oleh parti itu.

“Antara perkara yang kita mesti sedar dalam PRU14, PAS masih bersilat dalam gelanggang kita sendiri. Kita membuka tari dan bunga silat yang tersendiri tatkala kita lihat musuh bergerak maju mengeksplorasi langkah yang lebih tuntas.


“Pada era ini media sedang menguasai pemikiran dan fikiran masyarakat. Inilah cabaran besar PAS ketika kita hanya aktif di meja kuliah dan mimbar,” katanya.

Selain itu, beliau juga meminta supaya PAS berhenti mencemuh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya mencontohi kepakaran mereka bagi meraih sokongan pengundi muda. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori