Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Sultan Kelantan Diisytihar YDP...

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan...

Malaysia Gesa Langkah Lebih...

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan...

Susu Formula: Selamat Tapi...

PUTRAJAYA - Hasil analisis Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap susu rumusan bayi yang dirampas...

Pengusaha Grab Harap APAD...

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan keyataan seolah-olah mahu...

Pasangan Kekasih Edar Dadah Ditahan Di Perai

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM14,872 di hadapan sebuah hotel di Taman Inderawasih, Perai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki dan wanita terbabit yang berusia 26 dan 23 tahun ditahan sepasukan polis yang sedang menjalankan Ops Pencegahan Jenayah di kawasan Perai selepas membuat pemeriksaan ke atas kereta dinaiki pasangan itu.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan pelbagai jenis dadah termasuk yang disembunyikan di dalam bahagian bumbung kenderaan jenis Honda berkenaan. Antara yang dirampas ialah metamfetamina seberat 40.45 gram (g), heroin (183.7g) dan masing-masing ketamin serta heroin seberat 24g,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas plastik pembungkus, buku lima, sebilah pisau bersarung, peralatan menghisap dadah dan alat penimbang dipercayai digunakan untuk menimbang dadah yang dibeli daripada sindiket sebelum dibungkus semula dijual.

“Pasangan kekasih yang tidak bekerja itu dipercayai mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan hasil kegiatan pengedaran dadah. Mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya menambah pasangan terbabit yang turut positif dadah dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Mengulas kes lain, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang daripada suspek yang terlibat dalam kejadian cubaan samun sehingga menyebabkan seorang guru tuisyen wanita cedera di Taman Budiman, di sini baru-baru ini.

Katanya lelaki berusia 22 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai, Cherok Tokun di sini kira-kira 5.20 pagi tadi.


Siasatan mendapati selain terlibat kes guru tuisyen itu, suspek turut terlibat dalam beberapa lagi kes samun, katanya.

“Selain lelaki itu, empat lagi rakannya turut terlibat dalam kegiatan jenayah antaranya curi motosikal, pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga, curi kasut berjenama, samun dan pecah rumah di sekitar daerah SPT,” katanya.

Beliau berkata usaha mengesan empat lagi anggota geng tersebut giat dijalankan dan lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah itu kini direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori