Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Trauma Ditipu Ejen Pelacur,...

SELEPAS hampir diperdaya oleh ejen pelacuran, pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengambil keputusan untuk...

Allahyarham Hasbullah Tegas, Tapi...

GERIK - Tegas, tapi penyayang. Itulah sikap Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal...

Juruteknik Mengaku Tidak Bersalah...

SHAH ALAM : Seorang penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Keputusan Awal Makmal Tunjuk...

PUTRAJAYA - Keputusan ujian makmal terhadap sembilan sampel darah mangsa keracunan makanan di...

Paskal Raih RM2 Juta Hari Pertama Tayangan

KUALA LUMPUR – Filem aksi ketenteraan, Paskal, mencatat kejayaan awal membanggakan apabila pungutan pada hari pertama tayangannya di pawagam, semalam, mencecah hingga RM2 juta.

Pelakon utamanya, Hairul Azreen, berterima kasih kepada penonton yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada naskhah terbabit, selain pihak yang merealisasikan filem itu.

“Alhamdulillah, impian jadi kenyataan. Kutipan untuk tayangan hari pembukaan sebanyak RM2 juta! Terima kasih kepada penyokong @paskal _themovie, syarikat produksi @asiatropicalfilms dan pengarahadrianteh19,” katanya.

Selain Hairul, filem membabitkan kos hampir RM10 juta itu turut dibintangi Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal dan Theeban G.

Lebih separuh daripada jalan cerita filem terbabit diinspirasikan daripada kisah sebenar operasi yang pernah dijalankan Pasukan Khas Laut (Paskal).


Filem yang menemui penonton di lebih 130 pawagam seluruh negara itu turut dijadualkan tayangannya di China dan Turki pada akhir Oktober.

Naskhah patriotik berkenaan juga dijangka ditayangkan di Singapura dan Brunei selepas dua minggu menemui kaki wayang negara ini. – BH Online

Kategori