Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ponteng Kerana Ketagih Main...

KUALA LUMPUR - Permainan Video Berperanan Berganda Dalam Talian atau lebih dikenali sebagai...

Tokoh Politik Kedah, Khalid...

ALOR SETAR - Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid...

Singapura Pasang Panel Solar...

SINGAPURA – Terminal Jurong yang membentuk sebahagian besar pelabuhan Singapura di republik itu...

Ulama, Golongan Pro Islam...

KUALA LUMPUR - Para ulama dan profesional Islam perlu menjelaskan maksud Islam sebenar...

Pasukan Petugas Siasat Pelanggaran Bot Di Limbang

MIRI – Sarawak akan menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk siasat insiden kemalangan bot yang mengorbankan empat orang di Sungai Simpang Tiga, Kampung Limpaku Pinang di Limbang, tengah hari semalam.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata pasukan petugas itu akan ditubuhkan minggu ini untuk menyiasat dengan menyeluruh kes kemalangan itu.

“Pasukan petugas akan dianggotai pegawai dari Lembaga Sungai-sungai Sarawak (SRB) dan profesional lain yang mahir dalam aspek keselamatan pengangkutan sungai,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Jerip selanjutnya berkata sebaik sahaja siasatan selesai, pasukan petugas itu akan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri dalam tempoh sebulan.

Mengenai strategi jangka pendek untuk mengelak tragedi itu daripada berulang, beliau berkata SRB merangka pelbagai strategi untuk menambah baik keselamatan pengangkutan sungai di Sarawak, dua daripadanya adalah Rondaan Sungai Harian yang dikendalikan anggota penguat kuasa SRB dan peraturan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan apabila belayar di dalam bot terbuka.

“Antara strategi jangka panjang kami adalah memberi latihan berterusan kepada pemandu bot untuk mempertingkatkan kecekapan,” katanya.


Mengenai aktiviti penguatkuasaan, beliau berkata SRB mempunyai anggota penguat kuasa yang mencukupi di seluruh Sarawak dan dilengkapi bot penguatkuasaan.

Katanya SRB dibantu jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Marin dan Polis Marin.

“Bagaimanapun, kami akan menilai semula keperluan penguatkuasaan kami untuk melihat sama ada kekuatan sedia ada perlu dipertingkatkan,” katanya.

Dalam insiden 2 petang semalam, empat terbunuh membabitkan dua lelaki rakyat tempatan dan dua wanita dari Brunei, selepas sebuah bot penumpang tempatan yang membawa enam penumpang bertembung dengan bot laju Brunei yang membawa 20 penumpang. – BERNAMA

Kategori