Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bajet 2019 Diharap Tumpu...

KOTA BHARU - Bajet 2019 yang akan dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2...

Faktor Usia Punca Sam...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam lebih terbuka dan matang untuk...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan di Hulu Selangor...

Perenang Glamor Olimpik Ditendang...

PARIS : Seorang daripada atlet paling glamor pada Sukan Olimpik Paris 2024 ditendang...

PATI Guna Cap Palsu Imigresen Antara 74 Ditahan Di Ipoh

IPOH – Seorang lelaki warga Vietnam disyaki menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen antara 74 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mega 3.0 di bandaraya ini semalam.

Pengarah Imigresen Perak Kamalludin Ismail berkata lelaki berumur 42 tahun itu dipercayai melakukan perkara tersebut untuk tinggal lebih masa di negara ini.

“Kita akan siasat lebih lanjut sindiket mana terlibat, dia menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen Johor di Johor Bahru untuk keluar (Malaysia) tapi sebenarnya dia tidak keluar,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini selepas operasi itu, malam tadi.

Beliau berkata dalam operasi dari 11.20 pagi hingga 7.40 malam itu yang dijalankan di tiga tapak pembinaan, 74 PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Indonesia yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun.

Kamalludin berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Imigresen Perak telah melaksanakan 340 operasi dan menahan 1,249 PATI dan 33 majikan. – BERNAMA

Kategori