KUALA LUMPUR – Peguam mewakili Low Taek Jho atau Jho Low, didakwa berhubung dengan pegawai Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk mencari penyelesaian berkaitan pemulangan aset disita yang dipercayai diperoleh menerusi dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut laporan sebuah portal berita, ketua pasukan peguam Jho Low, Chris Christie, yang juga bekas pendakwa raya AS sudah mendapat kebenaran untuk bertemu pegawai atasan DoJ. – BH Online