Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kasih Seorang Ayah Yang...

SIAPA yang tak berasa sayu melihatkan gambar seorang lelaki ini yang cacat penglihatannya...

7 Kes Baharu Positif...

PUTRAJAYA - Terdapat tujuh kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini.Perkara itu...

Lebih 2,000 Lembu Baka...

JOHOR BAHRU - Sebanyak 2,135 ekor lembu baka Brahman dibawa masuk dari Australia...

Anak Bekas Pemimpin Libya...

HARARE - Anak angkat pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi sedang berusaha untuk menghalang...

Peluang Untuk Saya Bersihkan Nama

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan 25 pertuduhan yang dihadapinya hari ini akan memberi peluang untuk membersihkan namanya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berharap akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Dengan pertuduhan yang dilakukan terhadap saya pada hari ini, akan memberi peluang kepada saya untuk membersihkan nama, bahawa saya bukan seorang pencuri.

“Saya tiada masalah untuk melalui proses perundangan asalkan saya mendapat keadilan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim sebentar tadi.

Beliau juga berharap proses perundangan yang dihadapinya akan berkesudahan bagi menegakkan kebenaran dan melenyapkan isu RM2.6 bilion ini sama sekali. – UTUSAN ONLINE

Kategori