Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

7 Adun PH Cadang...

Pakatan Harapan (PH) Sabah menyarankan agar satu kerajaan perpaduan dibentuk di negeri itu...

Punca 3 Beranak Lemas...

KANGAR - Bedah siasat yang dibuat oleh tiga pakar forensik terhadap tiga mayat...

PBAKM Diminta Bantu Kerajaan...

BERA - Semua anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) diminta memainkan peranan...

Pusat Latihan Paskal Bakal...

LUMUT - Pusat latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) yang kini siap dibina di...

Ambil Langkah Proaktif Tingkat Pengeluaran Buluh

KUALA LUMPUR – Kementerian Industri Utama hari ini menggesa semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan industri buluh negara untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan transformasi berlaku dalam rantaian pengeluaran bermula daripada peringkat huluan hinggalah ke hiliran.

Menterinya Teresa Kok berkata transformasi ini perlu dilaksanakan bagi melonjakkan pertumbuhan industri buluh yang pada masa ini hanya merekodkan eksport bernilai kira-kira RM300,000 pada 2017.

Beliau berkata ketika ini, terdapat lebih 100 buah kilang pemprosesan buluh di Malaysia dan kebanyakannya merupakan industri kecil dan sederhana.

“Sebagai contoh, jika dahulu kita hanya mengeluarkan produk seperti bakul dan pencucuk satay menggunakan buluh, kini kita perlu mengeluarkan produk buluh bernilai tambah tinggi seperti perabot, papan laminasi, komponen pembinaan dan produk novelti yang berinovasi.

“Dalam konteks ini, inovasi dan kreativiti dalam menghasilkan produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi perlu dibudayakan, ” kata Kok ketika berucap pada majlis perasmian Hari Buluh Sedunia 2018, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Datuk Dr Jalaluddin Harun.

Kok berkata aspek ini perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan usahawan industri kayu serta pelajar supaya dapat menggunakan sumber alam ini untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

“Pembaharuan ini perlu dilakukan dengan strategi yang tersusun agar pembangunan industri buluh dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik,” katanya.

Malaysia mempunyai 70 spesis buluh, dengan 45 daripadanya merupakan spesis tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan dan memiliki tempoh matang yang singkat iaitu sekitar tiga hingga lima tahun berbanding tempoh matang pokok kayu yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 tahun.


Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31 peratus tanaman buluh didapati di Semenanjung Malaysia, 45 peratus di Sarawak dan baki 24 peratus di Sabah.

Di Semenanjung Malaysia sahaja, keluasan tanaman buluh ialah seluas 329,000 hektar.

“Justeru itu, jika pembangunan ladang buluh dapat diusahakan dan diuruskan secara mampan, ia mampu menjadi salah satu sumber perdapatan negara,” katanya.

Dalam hal ini, katanya, kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan dan buluh merupakan salah satu spesis yang dikenal pasti untuk dibangunkan.

Kok berkata, kementeriannya menyasarkan usaha perkongsian awam swasta untuk membangunkan industri penanaman buluh. – BERNAMA

Kategori