Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji M’sia Tiada...

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia tidak menghadapi sebarang masalah berkenaan penggunaan Ringgit Malaysia...

40 Maut Bedilan Tentera...

SANAA - Sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk kanak-kanak yang menghadiri majlis perkahwinan terkorban manakala...

Kereta Curi Diseludup Ke...

BANGKOK - Bukan sekadar dijual di pasaran gelap Thailand, tetapi sindiket kereta curi...

Rakyat Perlu Sokong RUU...

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta...

Pemain Yang Waras Tidak Akan Keluar JDT

JOHOR BAHRU – Pemain yang benar-benar waras tidak akan mahu keluar daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memiliki kemudahan serba lengkap.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards berkata, malah JDT akan bersaing dalam kejohanan antarabangsa seperti Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim hadapan.

Justeru, beliau menafikan dakwaan sebuah laman facebook yang mendakwa Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz telah menyatakan hasrat menyertai pasukan lain.

“Untuk makluman semua penyokong kelab bola sepak JDT, pemain tersebut serta semua pemain Harimau Selatan telah menandatangi dan menyambung kontrak mereka antara 2020 dan 2023.

“Dua pemain ini dan kesemua pemain JDT telah menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk berhijrah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Edwards berkata, Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri telah memberi banyak sumbangan kepada kelab JDT dan telah bermain banyak perlawanan.


Sehubungan itu, beliau berpesan kepada semua penyokong JDT jangan percaya kepada khabar angin berkenaan isu tersebut.

Katanya, tidak ada seorang pun pemain yang akan keluar daripada JDT melainkan dua pemain yang akan ditamatkan kontrak.

“Elakkan daripada mempercayai laman-laman yang hanya berusaha untuk mendapatkan lebih ‘likes’ semata-mata,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

Kategori