Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Belanjawan 2021 Bukan Untuk...

PUTRAJAYA - Belanjawan 2021 bakal memberi keutamaan kepada melindungi rakyat negara ini ketika...

Lelaki Maut Kemalangan Dengan...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta...

Buang Mayat Dalam Parit...

Bagan Datuk : Remaja lelaki bawah umur ditahan selepas disyaki membunuh rakannya gara-gara...

Hijabista Terkenal, Shea Rasol...

SEBUT sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya. Namun,...

Pembantu Rumah Didakwa Curi Vellfire Majikan

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan pelbagai barangan berharga serta wang tunai milik majikannya, pada ambang Hari Kebangsaan lalu.

Siti Amirah Amirullah, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Haslinda A. Raof atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Siti Amirah didakwa mencuri kenderaan tersebut bernombor pendaftaran W970R berwarna putih bernilai RM150,000 milik Nur Afifa Abd. Aziz, 30, tanpa izinnya di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium Desaku 2, Jalan Melati Indah 1, Kemensah Height dekat sini antara pukul 8 malam pada 30 Ogos 2018 dan pukul 12.30 tengah hari, 31 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pertuduhan kedua, wanita itu sebagai pembantu rumah didakwa mencuri pelbagai barangan berharga iaitu beg tangan jenama Louis Vuitton (LV), jam tangan Swarovski, pakaian dan wang tunai berjumlah RM5,000 yang keseluruhannya bernilai RM8,000 di dalam rumah majikannya itu di kondominium sama, pukul 12.30 tengah hari, pada cuti umum hujung bulan lalu.


Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 381 kanun sama yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala Siti Amirah tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Kategori