Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Putus Tiga Exco...

KUALA LUMPUR - Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat...

Masalah Bekalan Baja Selesai...

JITRA - Kelewatan bekalan baja untuk diedarkan kepada pesawah akan dapat diselesaikan dalam...

Mayat Pelancong Perancis Yang...

KUANTAN - Mayat pelancong Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa...

Damia = ‘Tempat Keluar...

KEGHAIRAHAN ibu bapa yang meletakkan nama anak perempuan sebagai 'Damia', kini dilanda kebimbangan...

Pemilihan PKR Wajar Ditangguhkan, Beri Laluan PRK PD

KUALA LUMUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR hari ini digesa menangguhkan proses pemilihan semua peringkat parti itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson nanti.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, ini bagi menjamin ketelusan semua pihak dan penglibatan pemimpin dalam kempen PRK itu.

“Saya yakin dan percaya dengan muafakat dalaman PKR ini akan menghasilkan impak positif yang lebih baik buat sekali gus menjamin kemenangan selesa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Dewan Rakyat memimpin agenda reformasi institusi parlimen.

“Saya yakin sepenuhnya bahawa usaha ini wajar diraikan dalam keadaan muafakat Pakatan Harapan (PH) yang jelas dan persediaan awal buat Anwar kembali aktif di kancah politik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori