Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ratusan Warga Asing Di...

KUALA LUMPUR - Ratusan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini,...

Belia Orang Asli Disaran...

SHAH ALAM – Belia Orang Asli disaran mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam...

Zainal Abidin Kasim Dilantik...

ALOR SETAR - Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)...

KPDN Bincang Beri Insentif...

Pemberian insentif kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan Menu Rahmah...

Pemuda PAS Digesa Tumpu Untuk Menang PRU15

KUALA NERUS – Pemuda PAS digesa untuk tidak lagi bangkit isu dalaman berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebaliknya menumpukan usaha memenangi PRU15 menerusi pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPM) Muhd Khalil Abdul Hadi berkata sebanyak tujuh pengurusan sektor telah diwujudkan DPPM yang perlu diberi tumpuan bagi mencapai matlamat PAS menjadi ‘goverment in waiting’ pada PRU15.

“DPPM tidak menunggu lama untuk merencanakan perubahan itu dan kini kita telah bersedia untuk mengorak langkah mendahului parti lain dalam usaha kita memenangi PRU15.

“Idealisme dan pengurusan sektor yang dicadang merangkumi tujuh aspek termasuk politik anak muda, sumber manusia dan latihan (tajdid binaie), pengurusan (tajdid idari) kewangan dan ekonomi (tajdid mali/iradi), komunikasi korporat (tajdid ittisali), tanggungjawab sosial dan khidmat masyarakat (tajdid ijtimaie),” katanya dalam ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-59 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Muktamar selama dua hari itu dihadiri kira-kira 700 orang perwakilan dari seluruh negara.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mahu semua anggota Dewan Pemuda berpegang teguh kepada tiga perkara untuk mengukuhkan jati diri mereka sebagai barisan pelapis pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan.


Beliau berkata perkara pertama ialah generasi muda PAS perlu menguasai semua cabang ilmu dengan lebih mantap untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam seperti dahulu.

“Satu ketika dahulu, Islam pernah menguasai dua pertiga dunia dengan peperangan, tapi yakinlah Islam akan kembali menguasai dunia bukan dengan peperangan tetapi dengan akhlak dan akidah yang betul serta kepimpinan yang mulia.

“Perkara kedua, marilah kita besarkan perkara-perkara utama bagi jemaah, bukannya perkara remeh temeh. Jadilah ejen perubahan maklumat yang benar, jangan sebar maklumat yang salah dan jangan sesekali tulis kalimah-kalimah yang tidak mencerminkan jati diri sebagai pejuang Islam, apatah lagi kita berada dalam jemaah PAS.

“Ketiga, Pemuda perlu berusaha untuk menegakkan taat dan wala’ kepada pimpinan parti… apa sahaja keputusan besar parti, ia tidak akan berlaku seorang diri tetapi melalui Majlis Syura Ulama dan dibincangkan secara khusus dalam muktamar khas, diberi peluang kepada semua untuk memberi pandangan sebelum dibuat keputusan. Patuhilah dan terimalah keputusan yang telah dicapai secara muafakat,” katanya. – BERNAMA

Kategori