Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes PDRM, Kerajaan Batal...

KUALA LUMPUR - Permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman...

NS Sumbang RM70,000 Kepada...

PORT DICKSON - Kerajaan Negeri Sembilan akan menyumbang RM50,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera...

Warga Emas Didakwa Cabul...

PORT DICKSON – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Dua Remaja 16 Tahun...

DUNGUN - Kegembiraan dua remaja lelaki berusia 16 tahun dapat berkelah di Air...

Penaja Biasiswa Ugut Pelajar Hadiri PAU

KESAL… Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas tindakan penaja biasiswa yang didakwa ‘mengugut’ mahasiswa yang menyertai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018.

Jelas beliau, jika perkara ini benar, maka ia tidak sepatutnya berlaku kerana Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah lama dipinda malahan para pelajar dibenarkan berpolitik dari zaman kerajaan terdahulu lagi.

“Nasihat saya, kita perlu berbalik semula kepada peraturan ditetapkan dalam AUKU sendiri… Jadi saya tidak nampak sebarang kesalahan sekiranya ada ramai mahasiswa mahu menghadiri PAU 2018 di PWTC.

“Saya harap tidak ada perkara seperti didakwa ini berlaku kerana pihak kerajaan dan universiti harus menghormati serta mengotakan janji kepada kebebasan siswa berpolitik,” ujar beliau kepada portal UMNO-Online.

Tambah Annuar, pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga telah cadang had umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun dan ini bermakna mereka mengiktiraf peranan orang muda melibatkan diri dalam politik negara.

Maka ujar beliau seharusnya tidak timbul isu ‘mengugut’ sekiranya para mahasiswa datang menghadiri PAU 2018 sebagai mana mereka menyertai pelbagai program politik anjuran parti komponen PH selama ini.


Bermula semalam, seramai 69 mahasiswa dalam dan luar negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyertai PAU 2018 yang membuka tirai pada 28 September dan berakhir 30 September ini.

Dilaporkan, ada para pelajar yang telah tiba terpaksa pulang kerana didakwa mendapat tekanan dan ‘ugutan’ biasiswa mereka bakal ditarik sekiranya meneruskan hasrat menghadiri PAU 2018. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori