Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

RUU 355: CEO IKSIM...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

Bayi 8 Bulan Ini...

MELIHAT kebesaran tubuh badannya, siapa sangka bayi ini sebenarnya baru berusia lapan bulan. Dek...

Bunuh Dan Siat Kulit...

PEREMPUAN kejam ini sepatutnya disula. Perbuatannya yang membunuh kucing yang baru dibelinya dan...

Bayi Lahir Dalam Pesawat...

LOS ANGELES – Sebuah pesawat milik Penerbangan Southwest mendarat di sini dengan pertambahan...

Penangguhan Projek HSR Adalah Langkah Bijak

JOHOR BAHRU – Keputusan penangguhan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura hingga akhir Mei 2020 merupakan langkah bijak berbanding membatalkan pembinaan projek itu.

Pensyarah Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr L. Nanthakumar berkata kepelbagaian akses pengangkutan adalah antara fasiliti penting dalam mengejar pembangunan, bukan sahaja kepada negeri ini tetapi juga kepada negara.

“Kalau kita lihat negara jiran kita Singapura, kemajuan dicapai negara itu adalah kerana kepelbagaian akses yang dimiliki, yang seharusnya dijadikan contoh oleh Johor.

“Johor adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai akses kepada dua kawasan laluan perairan dan jika HSR ini berjaya dilaksana, ia tentunya membawa lebih banyak pelabur untuk masuk ke dalam negeri dan negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Singapura bersetuju menangguhkan pembinaan HSR hingga akhir Mei 2020 berikutan permintaan Malaysia untuk menangguhkan projek itu.

Nanthakumar berkata pembinaan HSR juga akan memberikan akses kepada pelabur merangka strategi pelaburan lebih mapan dan berimpak lebih besar yang tentunya dapat memberi pulangan lebih baik kepada rakyat.


“Johor adalah negeri yang sangat kaya dengan sumber ekonomi yang boleh diterokai apabila hasil limpahan ekonomi pembangunan ini kelak akan ‘jatuh’ kepada rakyat kita sendiri.

“Apa yang menyedihkan ialah apabila sumber ini tidak dipelbagai dan dibangunkan sebabnya kalau kita lihat pertanian sebagai contoh, kita masih lagi bergantung kepada kelapa sawit.

“Kerajaan negeri boleh bertindak membangunkan semula zon-zon pembangunan ekonomi atas dasar mahu bersaing dengan Singapura dan bukannya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat,” katanya. – BERNAMA

Kategori