Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jadi Duta TN50, Neelofa...

DILANTIK menjadi duta belia Transformasi Nasional 2050 (TN50), Noor Neelofa Mohd. Noor atau...

Polis Mohon Bon Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon bon mahkamah ke atas...

Lelaki Diburu Dera Anak...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang penjual ikan yang dipercayai mendera anak...

288,670 Pelancong Sertai Program...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 288,670 pelancong telah menyertai program inap desa di seluruh...

Pendidikan Terus Jadi Medan Kuasa Politik

KHABAR dalam kalangan masyarakat pendidik, penggiat budaya dan pejuang bahasa mengenai menteri pendidikan baharu sekarang ini ialah beliau menteri pendidikan yang indah khabar dari rupa.

Walaupun seorang ahli akademik di universiti, beliau jelas masih belum cukup mendalami dunia pendidikan dan isu bahasa Melayu.

Sebelum ini, beliau sibuk membina populariti melalui program-program debat, menulis sindiran di Facebook, dan bercakap tentang isu politik, seperti isu orang Melayu yang tidak boleh hidup tanpa BR1M.

Agenda paling besar muncul daripada mulut menteri ini ialah pengiktirafan sijil peperiksaan sekolah Cina, UEC.

Semasa menteri-menteri bangsa Cina sibuk dengan agenda perjuangan bangsa masing-masing, menteri Melayu tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan dan mengangkat maruah bangsa.

Akhirnya selepas teruk diasak dalam isu UEC, beliau bersuara tentang hendak membela bahasa Melayu.

Pemerhati tidak terus menolaknya sebagai satu helah untuk mengaburi mata atau mengambil hati orang Melayu, tetapi menyambut baik ikrar itu.

Diharapkan menteri pendidikan tidak “u-turn” atau terlupa pada agenda yang dijanjikan ini selepas ini.

Tinjauan di kalangan pendidik dan pencinta bahasa menunjukkan kementerian masih tidak menunjukkan hala tuju yang jelas berhubung pendidikan negara.

Menteri pendidikan inilah yang masa awal Kabinet dibentuk dulu mencetus kontroversi apabila melantik ramai pegawai pembantu.

Ini juga kekal satu masalah dalam melaksanakan tugas kementerian pendidikan, kerana pergantungan beliau pada pegawai-pegawai yang dari latar belakang “anti-establishment.”

Mereka ini sekarang ditugas meneliti institusi besar seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berbekalkan idea-idea yang sesetengahnya pelik dan separuh masak.


Keghairahan mereka dengan idea golongan seperti mereka ini perlu diimbangi sekurang-kurangnya, dan pihak menteri sendiri mesti membuka kementerian kepada idea dari lebih banyak pihak.

Terbaru, menteri pendidikan menerima pelantikan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Alasan bahawa sebelum ini jawatan ini juga disandang oleh menteri pendidikan tidak boleh diterima kerana ini melibatkan isu dasar yang ditentang oleh Pakatan Harapan.

Isu konflik kepentingan apabila menteri yang beragenda dan berkepentingan politik memegang jawatan presiden sebuah universiti bukan sesuatu yang kecil.

Kebelakangan ini, kerajaan baharu sendiri tidak dapat mengelak daripada membawa agenda politik dalam pendidikan apabila berlaku “pembersihan” di institusi pengajian tinggi.

Suasana politik kepartian di universiti akan diburukkan lagi apabila menteri pendidikan diletakkan di jawatan presiden sebuah universiti.

Amat buruk sekali apabila PH yang suka mendakwa kerajaan lama mempolitikkan pendidikan sedangkan mereka sendiri mempunyai agenda untuk menguasai institusi pengajian tinggi untuk kepentingan politik.

Kementerian pendidikan menggalas satu tugas dan tanggungjawab yang besar membina bangsa dan negara.

Janganlah hendaknya kementerian bergerak berdasarkan pandangan-pandangan yang akhirnya tidak membantu membina tetapi merosakkan. – Mynewshub.tv

Kategori