Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Proton Bangkit Di Indonesia,...

JAKARTA - Pengeluar kereta terkenal Malaysia, Proton membuat penampilan sulung tahun ini di...

Bilionaire Ambil 3,000 Buruh...

DUBAI - Seorang bilionaire terkenal di sini sanggup mengambil kira-kira 3,000 warga India...

Lebih RM21 Juta, Nilai...

LONDON - Ia hanya seutas tali, tetapi tetap menjadi rebutan walaupun nilainya mencecah...

Op Gegar: 18 PATI...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Penduduk Idlib Di Ambang Derita

ANKARA – Kebimbangan krisis kemanusiaan selain korban orang awam yang besar semakin tinggi berikutan kemungkinan perang tercetus di Idlib selepas tentera rejim Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia mula mengepung wilayah itu.

Idlib sebelum ini dianggap kawasan bebas perang melalui perjanjian antara Russia, Iran dan Turki yang dipersetujui di Kazakhstan.

Ia bukan saja menjadi wilayah penempatan semua penduduk dari kawasan lain sebelum ini, termasuk Aleppo dan Ghouta tetapi juga membabitkan pejuang pemberontak yang bersetuju meletak senjata ketika operasi ketenteraan Syria di wilayah lain.

Namun, selepas semua wilayah terbabit berjaya ditawan, Assda menegaskan rejimnya akan mengambil balik ‘setiap inci’ wilayah Syria dengan bantuan Russia dan Iran sebagai sekutunya.

Menurut Al-Jazeera, jika perang tercetus, tiga juta penduduk wilayah itu tidak lagi mempunyai pilihan untuk melarikan diri, seperti kata seorang daripada mereka, Qays: “Tiada lagi tempat untuk kami pergi. Jika berlaku perang, kami bermandi darah.”

Qays ialah sukarelawan kumpulan pertahanan awam White Helmet berusia 26 tahun yang mempunyai dua anak.

Sejak minggu lalu, tentera rejim Assad mengepung wilayah itu, kelihatan bersedia untuk melancarkan serangan ketika Amerika Syrikat dan sekutu Eropahnya memberi amaran mengambil tindakan ketenteraan jika Syria melancarkan serangan senjata kimia.

Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Filippo Grandi, memberi amaran perang di Idlib akan mencetuskan krisis kemanusiaan serta pelarian baharu.


“Tiada apa boleh kami lakukan, hanya menunggu,” kata Qays yang baru sampai dari Bukit Golan yang diduduki Israel selepas cuba ‘berhijrah’ ke sana bersama sejumlah rakyat Syria selama dua minggu sebelum dihalau rejim Zionis.

Dia yang isterinya dijangka melahirkan anak kembar bulan depan, menyatakan kebimbangan yang amat sangat terhadap serangan senjata kimia. “Kami menjangka kerajaan akan menyasar Idlib dengan senjata kimia, seperti yang berlaku di Khan Sheikhoun,” katanya.

Pada April 2017, serangan senjata kimia di Khan Sheikhoun, bandar di Idlib, membunuh sekurang-kurangnya 83 orang, satu pertiga adalah kanak-kanak, manakala 300 lagi cedera.

Menurut aktivis penentang di Idlib, Mohammed, 24, serangan udara besar-besaran sudah bermula di beberapa kawasan di Idlib, memaksa penduduknya melarikan diri ke sempadan Turki.

Namun, Turki yang sudah menerima jutaan pelarian Syria, menutup sempadannya, hanya membenarkan bantuan kemanusiaan. – MyMetro.com

Kategori