Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Diberkas Seleweng Tuntutan

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memberkas seorang  pemilik sebuah...

KEPALA AIR – 18...

KUALA LUMPUR - Seramai 18 orang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terperangkap...

Arca Dibina Untuk Memperingati...

Perang yang tercetus di Gaza pada 8 Julai 2014 lalu merupakan yang ketiga...

Nik Omar Masih Lagi...

KUALA LUMPUR - Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz,...

Penduduk Kampung Dibelenggu Masalah Bekalan Air Berpanjangan

SANDAKAN – Walaupun telah disambungkan bekalan air paip bersih sejak 10 tahun lepas kemudahan asas itu seolah-olah satu kemewahan bagi penduduk di Kampung Rancangan Luboh Peringkat 6, yang terletak hanya 45 minit dari pusat bandar.

Ini kerana penduduk di sini mengadu mereka kerap menghadapi masalah ketiadaan bekalan air paip yang tetap dan sering terputus bekalan air.

Penduduk kampung itu Renni Majin berkata masalah gangguan bekalan air paip memang menjadi perkara rutin yang terpaksa dihadapi penduduk di sini dan rata-ratanya mereka terpaksa bergantung kepada tadahan air hujan bagi menampung keperluan seharian mereka.

“Biasanya dalam seminggu tu, sekurang-kurangnya dua atau tiga hari tidak ada air. Kali terakhir ada air paip ialah pada Khamis lepas, itupun sekejap saja pada tengah malam. Jadi sampai hari ini sudah lima hari tidak ada air paip,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila simpanan air tadahan mula berkurangan apabila ketiadaan hujan.

“Sekarang ini air tangki pun sudah habis sebab tidak ada hujan. Keadaan ini memang payah, anak-anak ke sekolah pun tidak mandi,” katanya.

Kampung yang mempunyai kira-kira 160 buah rumah telah disambungkan bekalan air paip bersih sejak 10 tahun lepas dan sebelum itu, selain tadahan air hujan, sumber air bagi penduduk di sini adalah daripada perigi.


Seorang lagi penduduk yang ditemui Jamat Bungso, 45, berkata tidak ada tindakan penambahbaikan walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Air.

“Itu pun kami tidak pernah menikmati bekalan air paip bersih yang berterusan. Kalaupun air hidup (ada bekalan air) sekejap saja. Lepas itu mati balik.

“Keadaan ini bukan baharu. Sudah bertahun-tahun kami menghadapinya,” kata Jamat.

Jamat berkata, walaupun banyak aduan telah dibuat kepada Jabatan Air, keadaan tersebut masih tidak berubah. – BERNAMA

Kategori