Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guna Pendekatan APB Atasi...

KUANTAN – Petani dan usahawan tani di negeri ini digalakkan menguruskan ladang dan...

PNB Nafi Tuduhan Rafizi...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengeluarkan kenyataan yang membuktikan dakwaaan terbaharu...

MCMC Laksana Polisi Tiada...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keputusan untuk melaksanakan...

Polis Siasat Perarakan Himpit...

Kuala Terengganu : Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kesalahan dilakukan penganjur...

Penetapan Hukum, Fatwa Perlu Timbang Realiti Masyarakat

PUTRAJAYA – Penentuan sesuatu hukum atau fatwa di negara ini perlu mengambil kira realiti masyarakat Malaysia bagi memastikan objektifnya tercapai, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda, berfatwa atau mengeluarkan hukum adalah proses sukar yang memerlukan kemahiran serta pemikiran mendalam bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah penyelesaian terbaik, mengikut kehendak al-Quran dan sunah, praktikal serta sesuai diamalkan.

“Objektif sebenar syariat tidak akan tercapai jika hanya mengambil ‘bulat-bulat’ nas al-Quran dan al-sunah tanpa melihat faktor budaya setempat, perubahan tempat dan zaman dalam penentuan hukum dan fatwa tersebut.

“Dalam memikirkan objektif sesuatu hukum di dalam syariat, kita tidak boleh bergantung hanya kepada teks zahir sahaja.

“Jika dilakukan tanpa melihat konteks dan faktor di sebalik nas-nas tersebut, maka pincanglah keputusan hukum yang diperoleh, jauh sekali menyelesaikan masalah dihadapi,” titahnya ketika merasmikan seminar Fiqh Al-Waqi’ (Fiqh Realiti) di Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya berkata Malaysia berhadapan kekurangan ilmuwan agama yang mampu mendalami ‘Fiqh Waqi’ bagi menetapkan sesuatu hukum atau fatwa.

Katanya walaupun terdapat ramai lepasan agama yang mampu mengeluarkan nas-nas daripada sumber klasik selain berupaya menghafaz al-Quran dan hadis dengan baik, tidak ramai yang memahami Fiqh Waqi’ atau realiti semasa di negara ini secara mendalam.


“Kegagalan memahami Fiqh Waqi’ sehingga menetapkan hukum fatwa secara jumud tanpa mengikut realiti semasa boleh menyebabkan berlakunya elemen ekstremisme agama,” katanya.

Mujahid dalam ucapannya juga menyarankan pihak berkuasa agama melihat semula pemakaian gelaran ustaz dalam kalangan mereka yang ‘berbicara’ tentang agama bagi mengelak salah faham terhadap Islam.

Tanpa standard atau piawaian tertentu, sesetengah pihak yang dilabelkan ‘ustaz’ itu sering membahaskan ilmu agama tanpa mengikut keadaan realiti semasa, katanya.

“Ada mereka yang pandai selitkan dua tiga ayat al-Quran dalam ucapan dan tahu berbahasa Arab terus dilabelkan atau dipanggil ustaz, syeikh kabir, tuan guru dan sebagainya oleh masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Kategori