Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Saman Suami Isteri Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menolak saman yang difailkan...

PM Saksi MoU 4...

PUTRAJAYA - Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini menandatangani perjanjian dengan...

Dasar Kerajaan Pastikan Negara...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

“Umi Maafkan Kamu Semua”...

SEBAK hati kami membaca coretan seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam kejadian kebakaran...

Pengarah Syarikat Dipenjara Sehari, Denda RM1 Juta

KUALA LUMPUR -Seorang pengarah syarikat komputer dan teknologi maklumat (IT) dihukum penjara sehari dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu berhubung pembayaran projek IT, lapan tahun lepas.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairuzaki Mohamad Yunus, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan bapa anak dua itu menjalani hukuman penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Azura menasihati Hairuzaki supaya mengambil pengajaran dan insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.

“Kamu ada prospek yang baik dalam perniagaan namun kamu telah sia-siakan peluang itu. Sedangkan jumlah bayaran yang dibuat itu banyak tetapi kamu buat kesalahan ini. Apa dilakukan oleh kamu memberi kesan kepada keluarga kamu sendiri,” katanya.

Hairuzaki didakwa telah memberi kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Dana, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Suhaimi Hamzah dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, satu set dokumen iaitu Project Spending Summary, Network Vulnerability Assessment Tools (NVAT) yang mengandungi butiran palsu mengenai tuntutan bayaran RM200,000 bagi perbelanjaan projek tersebut.

Sedangkan tiada perbelanjaan seperti yang telah dinyatakan itu dan pada pengetahuan tertuduh adalah dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Seksyen Pengurusan Dana Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), aras 3, Blok C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, 2 Mac 2010.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menyara isteri dan dua anak.

“Saya kesal dan insaf atas perbuatan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara itu, disebabkan kesalahan saya ini …imej saya tercalar dan perniagaan saya merosot,” katanya dalam keadaan sebak. – BERNAMA

*SEKADAR VIDEO HIASAN..

Kategori