Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Marzuki Nafi Malaysia Akan...

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya berkata kenyataannya mengenai Pulau Batu Puteh...

HSA Terbakar: Dun Kelantan...

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) hari ini merakamkan ucapan...

“Saya Tidak Mahu Lagi...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Ahmad Zahid Belanja Aiskrim,...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memang gemarkan aiskrim dan...

Pengisytiharan Seremban Sebagai Bandaraya Ditangguhkan

SEREMBAN – Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan ditangguhkan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata antara sebab penangguhan pengisytiharan itu ialah kerana bangunan yang sedang diubah suai di Rahang untuk dijadikan pejabat urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hanya akan siap pada hujung tahun ini.

“Selain itu, kita juga hendak melihat beberapa kelemahan dikenalpasti dahulu untuk dibaiki. Antaranya termasuk dari segi infrastruktur khususnya. Kalau dibandingkan dengan bandaraya yang ada, kita masih tidak cukup kemudahan seperti hotel bertaraf tiga bintang ke atas, pusat pengajian tinggi dan sebagainya.

“Jika semua ini dapat diselesaikan, pengisytiharan MBS akan dibuat pada pertengahan atau hujung tahun depan (2019),” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong, Setiausaha Kerajaan Negeri Dr. Razali Ab. Malik dan Yang Dipertua MPS Datuk Zazali Salehudin.

Sebelum ini, Seremban bakal diisytiharkan sebagai bandar raya secara rasmi pada Januari tahun depan, bersempena sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. MBS membabitkan percantuman dua entiti iaitu MPS dan MPN.

Aminuddin juga memberi jaminan tiada kenaikan cukai ekoran Seremban diisytiharkan sebagai MBS nanti.

“Kita tidak akan usik cukai. Sebaliknya kekal macam itu dulu dan tiada semakan apa-apa,” katanya.

Sementara itu, katanya satu sistem perjawatan terbuka akan dilaksanakan dikalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.


Katanya menerusi sistem ini, mana-mana pegawai boleh ditukarkan dikalangan PBT di negeri ini jika ada kekosongan.

“Dengan ini, kita boleh memberi ruang kepada pegawai berkenaan dinaikkan pangkat dan sebagainya. Sebelum ini perjawatan disatu-satu PBT itu tertutup dan mereka tidak boleh bertukar atau berpindah ke PBT lain di negeri ini.

“Perkara ini kita akan selaraskan dan kerajaan negeri akan mohon kepada kerajaan pusat untuk kelulusan sebelum ia dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penguatkuasaan terhadap mereka yang menghisap rokok dimana-mana bangunan kerajaan di negeri ini akan dipertingkatkan.

“Kita telah mengarahkan penguatkuasa Kementerian Kesihatan untuk menangkap mereka yang didapati menghisap rokok dalam bangunan kerajaan. Oleh itu, saya memberi amaran supaya orang ramai supaya berhati-hati tidak menghisap rokok di premis kerajaan.

“Mereka yang ditangkap kerana didapati menghisap rokok dibangunan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk saman. Penguatkuasaan ini melibatkan semua bangunan kerajaan di negeri ini dan buat permulaan kita laksanakan penguatkuasaan itu di Wisma Negeri di sini, katanya. – BERNAMA

Kategori