Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Selamat Selepas...

BALING - Anggota penyelamat pelbagai agensi menyelamatkan dua remaja lelaki selepas mereka sesat...

‘Bukannya Teh Cina, Tetapi…’

TAKTIK lelaki menyembunyikan dadah bernilai RM310,000 di ruangan tersembunyi di dalam kereta mewahnya...

3 Warga Myanmar Dipenjara...

KUALA LUMPUR Tiga warga Myanmar termasuk seorang remaja perempuan hari ini dihukum penjara...

Tuntutan Harta Lebih RM2...

KUALA LUMPUR: Prosiding tuntutan harta sepencarian melebihi RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham...

Peniaga Barang Kosmetik Didenda

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang pemilik perniagaan barangan kosmetik RM42,250 yang mengaku bersalah atas pertuduhan membekalkan 3,250 unit pensil kening dengan menggunakan perihal dagangan palsu, tahun lepas.

Hakim Manira Mohd Nor Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Jin Cheng, 24, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Ng yang juga pemilik tunggal perniagaan Kiss Beauty Concept, didakwa telah menawarkan untuk membekalkan pensil kening jenama Rhomlon sebanyak 3,250 unit, namun menggunakan perihal dagangan palsu.

OKS dituduh melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Kenanga Wholesale City, Jalan Gelugor di sini pada 11.20 pagi, 2 Nov 2017.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8(2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum menerusi Seksyen 8 (2)(B) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mustaza Nabila Muslimin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada OKS dengan alasan kesalahan dilakukan boleh menjejaskan ekonomi negara serta kepentingan awam.


“Kesalahan yang dilakukan OKS ini akan memberi kesan terhadap orang ramai kerana ia melibatkan penjualan barangan tiruan yang berbahaya. Kita juga tidak mengetahui kandungan yang digunakan dalam produk tersebut…sama ada selamat atau tidak,” katanya.

Ng yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan ini kesalahan kali pertama dan merupakan penanggung tunggal keluarga. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori