Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

20 Tong Biru Disyaki...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas...

Syok Dekat Ibu, Anak...

KERANA dendam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi mangsa apabila muka dicurah...

Wanita Lalok Dadah Gigit...

GARA-gara sedang khayal akibat pengaruh dadah, seorang wanita bertindak menggigit kemaluan kekasihnya semasa...

Bekas Tahanan POCA Maut...

SHAH ALAM – Seorang bekas tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017...

Penjawat Awam Minum Air Ketum Naik Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Kes penyalahgunaan air ketum khususnya di kalangan penjawat awam di Pusat Petadbiran Kerajaan telah menunjukkan peningkatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata rekod Ibu Pejabat Daerah Putrajaya menunjukkan sebanyak 58 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini berbanding 30 tangkapan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Bagi tempoh yang sama, beliau berkata polis juga melakukan 29 rampasan pada tahun ini berbanding 16 rampasan pada tahun lepas.

“Siasatan awal polis mendapati mereka mendapatkan daun ketum ketika balik kampung dan diproses di sini untuk kegunaan sendiri atau diagih kepada rakan-rakan, bukan untuk dijual secara besar-besaran.

“Polis Putrajaya akan meningkatkan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran IPD Putrajaya di sini hari ini.


Beliau menambah bahawa rampasan terbaru adalah pada dua minggu lepas dimana polis merampas 23 botol (1.5 liter) air ketum siap diproses di sebuah premis di Presint 18.

Rosly berkata rampasan dan tangkapan dibuat di kawasan perumahan dan juga kaunter agensi kerajaan di Presint 1, Presint 9, Presint 11 dan Presint 18 dan suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun. – BERNAMA

Kategori