Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Hadir Hari Kedua...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Garis Panduan Berkonvoi Yang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan berusaha mengadakan garis panduan yang lebih jelas...

Lawak Hambar… Hos Oscar...

SEBAIK sahaja tamat Anugerah Academy atau Oscar ke-87 yang berlangsung hari ini, rata-rata penonton...

Pasang CCTV Atas Kepala...

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang...

Penjenayah Curi Komponen Syarikat Telekomunikasi Tumpas

ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya menumpaskan kumpulan RRU yang dipercayai aktif mencuri komponen milik syarikat telekomunikasi di sekitar Kuala Muda, Kulim dan Pulau Pinang susulan penahanan empat lelaki pada 19 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, empat lelaki itu ditahan secara berasingan di Kuala Muda, Sungai Petani dan Kulim.

“Hasil siasatan awal, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 30 dan 40-an mengaku terlibat dan bergiat aktif dalam mencuri ‘radio remote unit’ (RRU) milik syarikat telekomunikasi Digi, Maxis dan U-Mobile sepanjang tahun ini.

“Susulan penahanan mereka, kita juga telah menahan tiga lelaki termasuk pemilik kedai lusuh di Jalan Besar Seberang Perai, Pulau Pinang bagi membantu siasatan. Pemeriksaan di kedai berkenaan, kita telah merampas 19 unit RRU yang dicuri,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM600,000 itu positif bagi beberapa kes yang dilaporkan di negeri ini dan Pulau Pinang.

Katanya,pihak polis menerima 100 laporan daripada pelbagai syarikat telekomunikasi berhubung kehilangan RRU ini.


“Setiap unit dianggarkan bernilai lebih RM30,000 namun kumpulan RRU ini mendapat keuntungan sebanyak RM2,000 seunit.

“Kita percaya ada syarikat berkaitan komunikasi yang membeli komponen ini di kedai lusuh berkenaan dan disyaki terdapat kumpulan lain yang turut menjalankan kegiatan mencuri RRU ini,” ujarnya.

Mior Faridalathrash memberitahu, kesemua suspek kini direman di Pulau Pinang dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Kategori