Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ancaman Daesh Di Tapah:...

IPOH - Tiada langkah khas yang diambil bagi mengawal keselamatan semua balai polis...

12 Okt Untuk Laporan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 12 Okt...

KPN Nafi Keluar Amaran...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan bahawa ia pernah mengeluarkan amaran...

Seorang Maut, 3 Cedera...

GEORGETOWN - Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

Perak Raih Dua Pingat Emas Acara Judo

PARIT BUNTAR – Kecederaan tulang kolar dan lutut kiri tidak melunturkan semangat Fatin Izzati Ahmad Rosdi untuk berjuang dalam memastikan beliau muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama buat Perak dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19.

Penuntut tahun dua Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu menjuarai acara judo kategori bawah 63 kilogram (kg) wanita yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Krian di sini, hari ini.

“Sebenarnya saya tidak yakin dapat menang hari ini kerana dua hari sebelum pertandingan saya cedera semasa berlatih tetapi Alhamdulillah syukur saya dapat menghadiahkan emas pertama buat negeri Perak dan diri saya sendiri.

“Kemenangan ini satu kepuasan kerana segala penat lelah dan pengorbanan saya terhasil,” katanya.

Atlet berusia 21 tahun dari Chemor itu berharap dengan kemenangan itu akan membolehkan dirinya diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Kontinjen tuan rumah meraih pingat emas kedua dalam acara judo melalui Najmuddin Samari dalam kategori bawah 55kg lelaki.


Sementara itu, Terengganu menguasai pungutan pingat emas acara Judo apabila memenangi tiga daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan hari ini.

Terengganu memenangi pingat emas menerusi Muhamamd Izham Harun (Bawah 60kg lelaki); Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (Bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafiezza Amran (Lebih 70kg wanita).

Johor pula meraih dua pingat emas hasil kemenangan Muhammad Haikal Iskandar Halidon dan Siti Noor Aisyah Shahabuddin masing-masing dalam kategori Bawah 66kg lelaki dan Bawah 70kg wanita. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukma

Kategori