Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPNT Sedia Pelan Tindakan...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengenal pasti semua pusat...

LTTE: Kes CEO Dipindah...

ALOR GAJAH - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, membenarkan permohonan untuk memindahkan...

Perlu Cakna Prosedur Pengambilan...

KUALA TERENGGANU - Orang ramai atau komuniti perlu peka mengenai undang-undang dan prosedur...

Raja Permaisuri Agong Kirim...

SHAH ALAM - Arkitek yang juga penulis, Teme Abdullah melalui akaun Twitternya, @itsteme...

Perancis Sah Turun Tanpa Kapten Lloris

PARIS – Setelah lebih sebulan ditabalkan sebagai juara dunia, Perancis sekali lagi akan turun semula ke padang dengan kali ini tanpa kelibat penjaga gol dan kapten Hugo Lloris untuk berdepan Jerman, yang berhasrat mengubati kedukaan selepas tersingkir awal di Rusia.

Jurulatih Didier Deschamps berkata, kecederaan Lloris akan digantikan dengan Benjamin Lecomte dari Montpellier untuk menghadapi saingan Liga Negara-Negara EUFA Khamis ini.

“Lloris disingkirkan untuk perlawanan akan datang,” kata Deschamps dalam sidang akhbar tanpa mengulas berhubung siapa yang akan memakai lilitan kapten.

Skuad muda Perancis menumbangkan Croatia 4-2 di pentas akhir dengan Kylian Mbappe muncul sebagai penjaring termuda di final Piala Dunia sejak legenda Brazil Pele melakukannya pada 60 tahun yang lalu.

Skuad Les Blues akan berdepan Jerman dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara, yang juga pertandingan terbaharu bagi menggantikan aksi persahabatan antarabangsa.


Deschamps mengumumkan 23 barisannya minggu lepas, dengan mengekalkan skuad muda yang menjuarai Piala Dunia buat Perancis dalam tempoh 20 tahun selepas pertama kali merangkulnya pada 1998.

Pasukannya yang masih berada dalam ‘mood’ Piala Dunia, dan Deschamps berkata mereka akan terus bersedia menghadapi persaingan baharu.

“Apa yang berlaku di atas padang adalah penting. Mereka melakukan apa yang mereka lakukan, namun kali ini ada cabaran baharu di Liga Negara-Negara dan kemudian pada Mac nanti ada kelayakan Euro 2020,” kata Deschamps.- REUTERS

Kategori