Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Felda Akan Bawa Masuk...

BANGI - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membawa masuk 20,000 benih kelapa...

“Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak...

MEMILIKI badan sasa persis model antarabangsa membuatkan lelaki ini 'istimewa' daripada kebanyakan individu...

Bernhardt Pilih Lapan Muka...

KUALA LUMPUR - Lapan muka baharu adalah antara 27 pemain yang dipanggil untuk...

Penghormatan Terakhir Mendiang Tan...

KUALA LUMPUR - Anggota keluarga dan kenalan yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada...

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Hingga 28 Sept

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang ini dilanjutkan hingga 28 September.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu dari 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata perintah berkurung itu yang meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.

“Berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Omar berkata, perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – BERNAMA

Kategori