Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perbincangan Pindah Operasi AirAsia...

KOTA KINABALU - Perbincangan bagi memindahkan operasi syarikat penerbangan tambang murah AirAsia ke...

Calon Yang Dipilih BN...

SEREMBAN - Calon-calon yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi...

Subsidi Minyak Kereta 1.5cc,...

KUALA LUMPUR - Pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc...

60 Orang Awam Terbunuh...

BEIRUT - Lebih 60 orang awam telah terbunuh dalam serangan udara di barat...

UIAM Perlu Ikut Perlembagaan Lantik Presiden

DEDAH… Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan pelantikan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) perlu disyorkan oleh kerajaan berdasarkan perlembagaan universiti berkenaan.

Bekas Presiden UIAM itu berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau kabinet perlu menamakan individu yang layak bagi jawatan berkenaan bagi mengelak timbulnya percanggahan terhadap Perkara 25 dan 26 mengenai pelantikan rektor dan presiden yang termaktub dalam Perlembagaan UIAM.

“Kerajaan harus menominasikan seseorang, kalau kerajaan menominasi barangkali tidak menjadi masalah besar sangat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UIAM yang menimbulkan polemik kerana Anggota Parlimen Simpang Renggam itu ialah Menteri Pendidikan.

Kerajaan Pakatan Harapan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu, Rais berkata Maszlee perlu menilai kembali pelantikannya itu kerana ia akan menjejaskan kredibiliti serta imej kerajaan PH.


Beliau berkata selaku Menteri Pendidikan, Maszlee perlu berlaku adil terhadap institusi pengajian tinggi yang lain di negara ini, dan bukannya hanya menumpukan kepada sebuah universiti sahaja.

“Universiti lain akan terasa kenapa mereka merasai seolah-olah di luar pagar kegemaran. Menteri Pendidikan adalah penghulu kepada semua universiti, jadi tidak perlulah diambil jawatan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Rais berharap Presiden baharu UIAM itu dapat membawa pembaharuan dan peningkatan terhadap universiti berkenaan khususnya dalam mengantarabangsakan sektor akademiknya supaya menjadi pilihan pelajar luar negara untuk menyambung pengajian. – BERNAMA

Kategori