Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Menteri Kesihatan Puas Hati...

KOTA KINABALU - Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berpuas hati selepas mengadakan pertemuan...

Malang! Tetamu Dilempang Pengantin

SEBUAH video yang menunjukkan seorang pengantin perempuan menampar seorang tetamu di majlis perkahwinannya...

2 Lori, Sebuah Kereta...

ALOR GAJAH - Sebuah lori tangki LPG, sebuah lori 'bonded' dan sebuah kereta...

Pemilik Kebun Harumanis, Ini...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun...

Pernah Hidup Terdesak, Nam Ron Nyaris Jadi Perompak

KUALA LUMPUR- Pelakon dan pengarah, Nam Ron mendedahkan, adegan lelaki ditahan polis kerana mencuri makanan dalam filem, One Two Jaga diilhamkan berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya, 18 tahun lalu.

Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan berkata, ketika itu, dia baru menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan hidup terkontang-kanting untuk mengejar impian sebagai insan seni.

“Sudah berbulan saya tiada kerja. Apabila lama tidak bekerja, saya tiada duit. Barang makanan semua sudah habis, hampir seminggu saya tidak makan. Mahu meminta kepada rakan di rumah sewa, saya malu. Jadi, saya hanya menanti mereka menghulur makanan.

“Jika tidak, saya tidak makan. Dalam keadaan lapar, saya berdiri di depan kedai serbaneka di bawah rumah. Ketika itu, saya terfikir untuk menyamun juruwang di kedai itu. Jika ditangkap, saya akan cakap sudah seminggu tidak makan kerana tidak bekerja.

“Saya seluk poket dan ada beberapa keping wang syiling. Saya terfikir pengarah filem, U-Wei Saari, lalu saya ambil bas untuk ke pejabatnya. Saya memang kenal U-Wei kerana dia selalu datang menyokong persembahan teater yang saya jayakan. Dia selalu puji hasil kerja saya,” katanya.

Nam Ron yang berkongsi pengalaman hidupnya di laman Twitter berkata, selepas membuat pengakuan itu di depan U-Wei, pengarah filem Hanyut yang terkejut mendengar terus menghulurkan wang RM50.

U-Wei juga katanya, turut berkongsi pengalaman melalui kehidupan sukar di New York, Amerika Syarikat ketika dia masih menuntut di sana. U-Wei berkata, dia patut bersyukur melalui kesusahan di negara sendiri kerana masih ada yang sudi membantu.

“Dia ajak saya duduk di sofa dan mula bercerita kepayahan hidup bersendirian di kota New York ketika sedang belajar filem. Katanya, dia pernah bawa teksi dan sesekali menjadi kru produksi filem. Banyak lagi nasihat yang diberikan, tetapi semuanya tenggelam di fikiran.


“Saya hanya memikirkan barangan mentah untuk bekalan sementara mendapat kerja. Apa yang pasti, wang RM50 itu menyelamatkan saya daripada menjadi perompak,” katanya.

Nam Ron berkata, desakan dan tekanan membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.

“Seperti kata seorang pegawai polis: ‘Nak tahu ekonomi kita baik atau tidak, lihatlah kadar jenayah membabitkan curi dan samun’. Kenyataannya itu menjawab pertanyaan saya mengenai banyak kejadian curi dan samun yang dilaporkan,” katanya.

Filem One Two Jaga yang menyelongkar isu salah laku dalam dunia kepolisan itu ditayangkan sejak 6 September lalu. Ia dibintangi Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Iedil Putra dan artis Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail. – BH Online

Kategori