Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indeks Harga Pengguna Naik...

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Disember 2019 meningkat 1.0...

Kadar Ketakutan Jenayah Rakyat...

SHAH ALAM - Kadar ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan rakyat di Selangor berada...

BN Yakin Rampas Semula...

SERDANG - Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri...

Deepavali: Hidupkan Warisan Masyarakat...

GAJAH BERANG: Sambutan Deepavali tahun ini disambut penuh bermakna oleh masyarakat Chetti di...

Perniagaan Dalam Talian Kena Cukai?

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji dan melihat kepada bentuk cukai baharu yang boleh dikenakan bagi meningkatkan hasil negara, sekali gus dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Antara cadangan yang sedang dinilai ialah mengenakan cukai kepada perniagaan dalam talian yang sedang pesat berkembang di negara ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kewangan dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang meneroka sumber hasil baharu terutamanya menerusi aktiviti perniagaan dalam talian yang setakat ini tidak dikenakan apa-apa cukai.

“Perniagaan dalam talian dijangka melonjak tinggi dan telah mengambil alih kaedah lazim jualan di pasar raya, kedai-kedai dan sebagainya.

“Kerajaan sedang semak untuk ambil cukai daripadanya,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Kategori