Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Dua Kanak-Kanak Diserang Pesakit...

KUALA PILAH - Dua kanak-kanak diserang seorang wanita dipercayai pesakit mental, termasuk rambut...

‘Swafoto Kubur’ Johan As’ari...

AKIBAT memuat naik sekeping swafoto di tanah perkuburan, pelakon Johan As'ari telah dikecam...

Ribut Badai Timur Laut...

GLADSTONE, Australia - Ribut melanda kawasan yang padat dengan penduduk di timur laut...

Majlis Kahwin Jadi Kecoh...

SEBUAH majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan kemeriahan bertukar kecoh apabila berlaku pergaduhan...

Pertimbang Semula Pelantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dipertimbangkan semula.

Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai contoh, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba mengambil portfolio pendidikan tetapi berundur kerana bercanggah dengan manifesto,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Kecil Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie, di sini malam ini.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam.

Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PH juga berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi. – BERNAMA

Kategori