Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Melaka Mahu Tumpaskan...

MELAKA - Polis Melaka akan memastikan semua premis yang menjalankan aktiviti mesin judi...

Mahathir Selesai Menghadap Yang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang...

Buruh Binaan Warga China...

JOHOR BAHARU - Seorang buruh binaan warga China maut selepas digilis lori yang...

Mangsa Banjir Boleh Mohon...

TEMERLOH - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbabit banjir diminta...

Piala Cabaran: P.Pinang Akur Tunduk Pada JDT II

BATU KAWAN – Johor Darul Ta’zim (JDT) II, berpesta gol selepas membenam Pulau Pinang 5-1 di Stadium Negeri Batu Kawan dan sekaligus menjuarai kumpulan B dan layak ke perlawanan separuh akhir Piala Cabaran 2018.

Rentak permainan agak goyah dipamerkan anak buah Zainal Abidin Hassan itu sehingga membolehkan JDT II mendahului pada minit ke 18 melalui gol sendiri hasil kesilapan kapten Pulau Pinang Kang Seung-Jo yang cuba mengeluarkan bola tetapi terkena Norhafiz Zamani Misbah.

JDT II menambah gol pada minit ke-40 selepas Nicolas Alberto Frenandez menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil Wan Mohamad Tarmizi selepas pemain tersebut dijatuhkan pemain pertahanan Pulau Pinang, Mohamad Khairul Akmal Rokisham.

Pertahanan pasukan tuan rumah sekali lagi bolos apabila pemain hadapan JDT II, Md Rozaimi Abd Rahman, berjaya menjaringkan gol ketiga, tiga minit kemudian dan keadaan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

JDT II yang bermain dengan selesa di babak kedua, menambah derita pasukan tuan rumah apabila Mohammad Amer Saidin menjaringkan gol pada minit ke-72 sebelum Shahwan Shaharudin menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke 78.

Walau bagaimanapun, pasukan Harimau Kumbang mendapat gol saguhati apabila Mohd Alafi Mahmud menjaringkan gol pada minit ke-91 dalam masa tambahan. – BERNAMA

Kategori