Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wakil Melaka, Johor Angkat...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka, Koh Chin Han dan...

Remaja Dijel Timbang PlayStation...

SEORANG remaja di Perancis dipenjarakan selepas membeli PlayStation 4 pada harga sangat murah...

Hujan Halang Penampakan Gerhana...

KUALA LUMPUR – Hujan yang turun menghalang penampakan gerhana bulan penuh “Super Blue...

Wanita Abai Kanak-Kanak Didenda...

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000...

PIBM Bawa Agenda Perjuang Kepentingan Masyarakat India Muslim

KUALA LUMPUR – Semangat Malaysia Baharu menjadi inspirasi untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu iaitu Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PIBM), kata Presiden penajanya Datuk Jamarulkhan MS Kadir.

Beliau berkata parti yang menggunakan lambang bulan dan bintang serta berwarna merah itu akan memperjuangkan dan membela hak kaum India Muslim di negara ini.

“Kami percaya sudah tiba masanya suara politik kaum India Muslim di negara ini disuarakan sendiri oleh kepimpinan mereka sendiri, ” katanya pada sidang media pengumuman penubuhan parti PIBM di ibu negara, hari ini.

Jamarulkhan berkata pihaknya kini masih menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas permohonan untuk menubuhkan parti itu dibuat pada 23 Ogos lepas.

Sementara itu, Ketua Strategi dan Penerangan PIBM Ariff Farhan berkata kerjasama akan diberikan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan parti politik lain yang boleh memberikan kebaikan kepada semua pihak.


Ariff menegaskan parti tersebut adalah parti bebas dan tiada rancangan untuk bergabung dengan sebarang parti politik yang sedia ada.

“Kami sedia memberi kerjasama kepada kerajaan sedia ada untuk membantu memakmurkan negara dan memupuk perpaduan antara kaum di negara ini, ” katanya.

Jelasnya, kepimpinan parti akan mengadakan pelancaran rasmi tiga bulan selepas mendapat kelulusan daripada RoS dengan ia menyasarkan keahlian seramai 5,000 dalam tempoh itu. – BERNAMA

Kategori