Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

700 Ahli PAS, Bersatu...

KEMAMAN : Seramai 700 ahli dan penyokong Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Pencemaran Toksik: Sultan Johor...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyifatkan...

Keio Plaza Hotel Tokyo...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,800 anak patung berhias dan comel buatan...

Jangan Jadikan Pengguguran Muhyiddin...

SERDANG - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran...

Pisahkan Pejabat Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mendesak Pejabat Pendakwa Raya dipisahkan daripada Pejabat Peguam Negara dengan segera bagi mengelak rakyat curiga dengan peranan Peguam Negara dalam sesuatu keputusan pendakwaan.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan berkata, ia susulan keputusan Pejabat Peguam Negara yang menggugurkan pendakwaan terhadap kes rasuah dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kelmarin.

Katanya, selepas keputusan itu, pihaknya mendapati wujud kegelisahan dalam kalangan rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan itu dan mendakwa tidak dibawa berbincang dalam proses membuat keputusan itu.

Kata kenyataan itu lagi, walaupun Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria menjelaskan keputusan itu dibuat olehnya tanpa pembabitan Peguam Negara, ia menimbulkan kebimbangan kerana menunjukkan tiada penyelarasan di antara SPRM dan Pejabat Peguam Negara.

“Orang ramai curiga dengan keputusan itu kerana pada mulanya kes itu seperti bermotif politik ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Dengan pembebasan Lim Guan Eng secara tiba-tiba selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa, satu lagi kebimbangan timbul sama ada keputusan itu dibuat disebabkan campur tangan luar, terutama daripada pihak eksekutif.

“Walaupun BERSIH 2.0 mengalu-alukan kenyataan Mohamad Hanafiah yang dilihat menjadi titik permulaan ke arah pemisahan kuasa pendakwaan dari Peguam Negara, kes itu menunjukkan keperluan mendesak Pejabat Pendakwa Raya ditubuhkan dan dipisahkan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Ia bagi membuang rasa curiga rakyat terhadap peranan Peguam Negara yang bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada eksekutif, turut mempengaruhi keputusan sesuatu pendakwaan,” kata kenyataan itu, hari ini.


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelmarin melepas dan membebaskan Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon, daripada dakwaan bersubahat.

Pejabat Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan kes rasuah itu selepas mendapati bukti dikemukakan di mahkamah lemah.

Mohamad Hanafiah membuat kesimpulan itu selepas meneliti keterangan melalui siasatan SPRM dan keterangan saksi pendakwaan di mahkamah serta ketika disoal balas peguam bela.

Pendakwaan kes itu dimulakan dan diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM bagaimanapun terkejut dengan keputusan itu dan menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Pejabat Peguam Negara dan bukan daripada suruhanjaya itu. – BH Online

Kategori