Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ini Melbourne Ke KL?...

KESILAPAN juruterbang memasukkan koordinat yang salah ke dalam sistem navigasi menjadi punca penerbangan...

Kerajaan Ada Kuasa Periksa...

KOTA BHARU - Kerajaan mempunyai kuasa untuk memeriksa mana-mana premis yang disyaki menjalankan...

Tandas ‘Tersumbat’ Pesawat Terpaksa...

MANCHESTER - Satu penerbangan tertangguh selama lima jam selepas ia terpaksa dilencongkan ke...

Trend Kopi ‘Selfieccino’ Gegar...

SEBUAH kafe di London, United Kingdom telah mencetuskan fenomena apabila mereka memperkenalkan minuman selfieccino--...

PKR Johor Harap Pemilihan 30 Sept Ini Akan Berjalan Lancar

JOHOR BAHRU – PKR Johor akan memastikan pemilihan parti yang ditetapkan pada 30 Sept ini, dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau insiden yang tidak diingini.

Timbalan Pengerusinya Jimmy Puah Wee Tse berkata PKR Johor tidak mahu beberapa isu teknikal yang dialami oleh tiga negeri kelmarin, turut terjadi di negeri ini memandangkan pihaknya masih mempunyai tempoh seminggu untuk melakukan pelbagai persiapan.

“Pada masa sama, kita percaya semua anggota boleh berfikir bijak dan menerima apa juga keputusan dengan baik tanpa melakukan apa-apa tindakan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, pada pemilihan kali ini, dijangkakan kira-kira 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan 38,684 anggota PKR Johor yang layak mengundi, akan keluar memilih tampuk kepimpinan parti.

Puah berkata proses pengundian akan dijalankan serentak di semua 24 cabang dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dengan keputusan dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya pukul 9 malam.

“Pada pemilihan kali ini, seramai 53 calon juga akan merebut jawatan ketua cabang manakala seramai 163 calon menawarkan diri bertanding timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan anggota jawatankuasa cabang.

“Selain itu, terdapat satu cabang bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru untuk jawatan ketua cabang iaitu Gelang Patah; empat penjuru di cabang Simpang Renggam dan tiga penjuru masing-masing di cabang Labis, Pagoh, Bakri, Sembrong dan Kulai,” katanya.

Setakat ini, beliau juga dimaklumkan terdapat tiga calon ketua cabang sudah menang tanpa bertanding dalam perebutan jawatan itu iaitu di Ayer Hitam, Pengerang dan Tenggara.

Bagaimanapun nama-nama pemenangnya belum dapat didedahkan kerana proses pengundian belum selesai selain perlu disahkan jawatankuasa pemilihan parti pusat, terlebih dahulu.


Selain itu, beliau menjangkakan terdapat beberapa cabang akan menjadi ‘kerusi panas’ berikutan pertembungan unik.

Cabang-cabang itu ialah Batu Pahat yang menyaksikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Pengerusi Biro Politik PKR, Datuk Mohd Rashid Hasnon ditentang Malik Faishal Ahmad (penyandang ketua cabang) dalam penentuan jawatan tersebut.

Di peringkat cabang Pulai pula, Puah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa, Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, akan bertanding untuk jawatan ketua cabang dan ditentang oleh A.Sivagami Devi.

Di Ledang, pertembungan juga disifatkan menarik kerana satu-satunya cabang memperlihatkan perebutan jawatan ketua cabang di antara ADUN dan Anggota Parlimen iaitu ADUN Pemanis Dr. Chong Fat Full dan Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh.

Sementara itu, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat manakala Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Kepimpinan Pusat. – BERNAMA

Kategori