Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ringgit Terus Susut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus susut berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini...

ASEAN Perlu Pertimbang Tenaga...

KUALA LUMPUR - Negara ASEAN perlu mempertimbang tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif...

Perak Roboh Menara Telekomunikasi...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan merobohkan semua menara telekomunikasi yang didirikan secara...

Adira AF Kini Bertudung,...

ALHAMDULILLAH, nampaknya tahun ini menyaksikan seorang demi seorang artis wanita Islam memilih untuk...

PKR NS Harap BN Tidak Bertanding PRK PD

SEREMBAN – PKR Negeri Sembilan tidak terkejut jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO gagal meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson kerana melihat aliran kejatuhan parti berkenaan sudah bermula.

Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun, berkata UMNO yang dominan dalam BN menghadapi terlalu banyak masalah dalaman ketika ini dengan terbaru beberapa pemimpin tertinggi mengumumkan keluar parti.

ā€œKita memang sudah menjangka UMNO tidak mampu bertahan selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu kerana mereka sudah terbiasa berada dalam keadaan yang cukup selesa selama ini.

ā€œApabila tewas, mereka tiba-tiba menjadi pembangkang. Bukanlah kita mengharapkan pemimpin keluar parti seperti ini, kerana kita pun sebenarnya perlukan pembangkang yang berwibawa untuk menjalankan tugas menyemak dan mengimbangi kerajaan.

ā€œTapi itulah realitinya. Terpulang kepada mereka sama ada mampu bertahan atau tidak dengan kejatuhan ini. Apa pun, saya menjangkakan jika BN atau UMNO tiada calon, mereka pasti memberi laluan kepada PAS,ā€ katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar, berkata demikian pada sambutan Hari Farmasi Sedunia dan Kempen Kenali Ubat Anda Peringkat Negeri Sembilan 2018 di Pasar Raya Mydin di Seremban 2, di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainuddin Mohd Ali.

Mengulas mengenai penangguhan pemilihan PKR negeri daripada 29 September kepada 20 Oktober depan, Aminuddin berkata, keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, melegakan kerana semua pihak boleh memberi tumpuan kepada PRK Parlimen Port Dickson.

Ditanya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada PRK berkenaan akan mula datang ke kawasan itu, Aminuddin berkata, beliau dijangka hadir pada majlis perasmian Pesta Tanglung Port Dickson, di Dataran Pantai Batu 1, malam esok. – BH ONLINE

Kategori