Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PKRC 2.0 Maeps Ditutup

PETALING JAYA : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di...

Exod Helios : Fon...

Fon kepala tanpa wayar ialah aksesori audio yang kami rasa sangat selesa digunakan.Tidak...

Ketua Daesh Malaysia Ganti...

DAMSYIK - Seorang anggota kanan militan Daesh yang baru dipilih untuk menjadi ketua...

Najib Ajak Orang Ramai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian...

PKR Pulau Pinang Mahu Parti Beri Penjelasan

BUTTERWORTH – Sejumlah anggota PKR di Pulau Pinang mendesak parti itu memberi penjelasan berhubung kekeliruan dan permasalahan yang timbul terutama berhubung e-undi pada Pemilihan PKR 2018 yang berlangsung di negeri ini semalam.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat Dr Afif Bahardin berkata tinjauan dan pemerhatian yang dibuat di cabang-cabang di seluruh negeri hari ini mendapati anggota parti tidak berpuas hati dengan proses pengundian.

“Proses pemilihan buat pertama kali semalam menggunakan sistem yang baharu dan apa yang kami nampak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kurang bersedia untuk melaksanakan pemilihan, sebab itu timbul pelbagai masalah.

Jadi kami desak supaya PKR terutama JPP PKR dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas permasalahan yang timbul dan memberi penjelasan kepada seluruh anggota apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Beliau berkata apa yang berlaku hari ini terutama masalah nama calon serta senarai nama pengundi tiada dalam sistem e-undi adalah sangat mendukacitakan serta memalukan parti.

Dr Afif, yang bertanding calon Ketua AMK pusat, berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan rasmi kepada JPP PKR bagi meminta keputusan pemilihan PKR 2018 di Pulau Pinang dibatalkan dan dibuat semula kerana banyak pihak terutama di kalangan calon tidak berpuas hati.


Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop berkata dalam satu sidang media sebelum itu di tempat yang sama malam ini, keputusan pengundian bagi pemilihan PKR di Pulau Pinang hari ini diterima tanpa perubahan sehingga terdapat bantahan secara bertulis daripada pihak yang tidak berpuas hati.

Katanya JPP akan meneliti semua bantahan itu dan mengadakan perbincangan di peringkat JPP dan kepimpinan PKR sebelum menentukan sama ada keputusan di Pulau Pinang akan dikekalkan atau sebaliknya.

Terdahulu, berlaku kekecohan ketika barisan kepimpinan termasuk Pengerusi JPP PKR Datuk Rashid Din ingin meninggalkan dewan selepas sidang akhbar oleh Ismail di tempat yang sama.

Sekumpulan anggota PKR Pulau Pinang yang turut hadir pada sidang akhbar JPP PKR itu cuba merempuh barisan kepimpinan JPP menyebabkan berlaku kekecohan antara mereka. – BERNAMA

Kategori