Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gambar: ‘Penyakit’ Tak Boleh...

TIDAK dinafikan masyarakat masa kini memang tidak dapat dipisahkan dengan telefon pintar masing-masing.Kalau...

Jual Dara Demi iPhone...

WALAUPUN harganya agak tidak masuk akal, namun itu tidak menjadi penghalang bagi sesetengah...

Penerima BR1M Kategori Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di bawah kategori isi...

Farid Didakwa 4 Tuduhan,...

PETALING JAYA - Datuk Farid Kamil Zahari didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan...

PM Mahathir Tiba Di London

LONDON – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di London ketika hampir tengah malam Sabtu untuk peringkat kedua lawatan kerja beliau ke United Kingdom (UK) selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Dr Mahathir akan menghadiri beberapa acara di sini pada Ahad (30 Sept) dan Isnin (1 Okt) sebelum pulang ke tanah air.

Pada Ahad, Dr Mahathir akan menghadiri program bersama Lotus Cars, berjumpa dengan rakyat Malaysia pada satu jamuan minum lewat petang dan menghadiri taklimat berkenaan hutang dan ekuiti.

Sebelum mengakhiri lawatan beliau ke UK pada Isnin, Dr Mahathir dijadual berucap mengenai “Masa Depan Demokrasi di Asia” di Chatham House dan dijangka menghadiri satu sesi taklimat mengenai reformasi polis dan sektor awam di UK.

Dalam peringkat pertama lawatan beliau ke UK pada 21-25 Sept, Dr Mahathir telah menyampaikan syarahan bertajuk “Cabaran-babaran Terhadap Tadbir Urus Yang Baik Bagi Dunia Islam” yang diadakan di Pusat Pengajian Islam Oxford, melawat Imperial College London dan menghadiri sesi dialog bersama rakyat Malaysia.

Semasa di Imperial College London, Dr Mahathir telah berjumpa dengan Sir James Dyson, pengasas Dyson – rakan utama universiti tersebut – yang telah membantu penubuhan Dyson School of Design Engineering (Sekolah Reka Bentuk Kejuruteraan Dyson) di Imperial.


Dyson, seorang billionaire British dan pencipta pembersih hampagas tanpa beg, juga berminat untuk membuat pelaburan baharu di Malaysia. Dyson kini mempunyai kilang pengeluaran selain Pusat Pembangunan Dyson Malaysia di Johor.

Seramai 500 pelajar Malaysia kini sedang menuntut di Imperial. – BERNAMA

Kategori