Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pembangkang Dakwa Saudi Tak...

KUALA LUMPUR - Gabungan parti pembangkang Malaysia dikenali sebagai Pakatan Harapan menempelak Arab...

Proton Lancar Saga Versi...

SHAH ALAM - Proton Holdings Berhad melancarkan Proton Saga 1.3L generasi ketiga dengan...

Salah Antara 100 Manusia...

NEW YORK – Majalah Time telah menyenaraikan pemain Liverpool, Mohamed Salah sebagai antara...

Apandi Letak Jawatan Pengerusi...

SHAH ALAM - Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan meletak jawatan sebagai Pengerusi...

Pochettino Gesa ‘Bunuh’ Setiap Pergerakan Pemain Liverpool

MAURICIO Pochettino menggesa pemain-pemainnya agar dapat ‘membunuh’ pergerakan lawan menjelang perlawanan Tottenham Hotspur bertemu Liverpool pada aksi Liga Perdana Sabtu malam.

Selepas tewas 2-1 kepada Watford dua minggu lalu, Pochettino mendesak supaya ‘bangun’ dan mempamerkan prestasi sebenar.

“Ia adalah panggilan amaran kepada kami. Pada babak pertama ia seperti permainan testimonial. Ia berkaitan mentaliti, bukan taktik.

“Mentaliti untuk menewaskan Manchester United dan Watford dengan kapasiti sama. Mungkin kami terlepas di situ. Jika kami bermain cara yang sama (bertemu Liverpool), saya pasati akan bercakap di telefon “Houston, kami ada masalah”!.

“Jika bertemu Liverpool di Wembley, anda tidak perlu ada keinginan dan fokus untuk bermain… ia berkaitan dengan sikap dan berkata, “Hey, tolong tengok kami main agresif dan cuba menang”.

“Untuk menang, kami perlu fokus dalam tempoh 95 minit. Jika anda tidak hormat, anda ‘bayar’.


“Kita perlu pergi dan bunuh setiap pergerakan. Lebih agresif. Itu yang saya faham mengenai bola sepak,” katanya.

Spurs bakal turun tanpa kelibat Dele Alli dan Hugo Lloris namun akan dibantu Son Heung-Min dan pemain tengah Harry Winks.

Winks,22, tidak beraksi sejak Februari lalu selepas mengalami kecederaan buku lali dan menjalani pembedahan pada Mei. – mStar Online

Kategori