Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Semua Jemaah Haji Malaysia...

ARAFAH - Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa semua jemaah haji Malaysia selamat...

JKR Kaji Penggunaan Getah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan...

Pengetahuan Perang Gurun Beri...

RIYADH - Setelah mengasah kemahiran di dalam perang hutan, Malaysia bakal dapat pengetahuan...

Johan As’ari Pelik Tidak...

SEKARANG sudah jadi macam trend pula semasa bulan Ramadhan apabila orang ramai termasuk...

Polis Buru Perompak Pakai Tudung

POLIS Austria memburu seorang penjenayah yang menyamar sebagai perempuan Islam lengkap memakai tudung ketika merompak sebuah bank, beberapa minggu selepas seorang lelaki lain melakukan perkara sama.

Mail Online melaporkan, polis turut menawarkan £2,000 (RM10,804) sebagai ganjaran untuk sebarang maklumat mengenai identiti lelaki itu berkenaan yang merompak DenizBank di Linz, Upper Austria, baru-baru ini.

Pihak berkuasa juga menyiarkan gambar lelaki itu yang memakai tudung dan berseluar belang sambil membawa troli serta beg.

Suspek juga dilihat memakai cermin mata, topeng getah serta memakai gincu bibir.

Lelaki itu yang bersenjatakan pistol masuk ke cawangan bank berkenaan dan memaksa seorang petugas menyerahkan sejumlah wang sebelum melarikan diri dengan sebuah skuter.

Sebelum kejadian berkenaan, suspek cuba merompak sebuah lagi bank di Vienna, tetapi gagal selepas petugas di bank itu menjerit meminta tolong.

Penjenayah itu dipercayai berusia antara 20 hingga 35 tahun dan memiliki ketinggian 179 hingga 188 sentimeter.

Pada bulan lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki merompak sebuah bank Turki di Vienna dengan memakai tudung serta membawa pistol berwarna emas.


Lelaki itu menyerahkan nota bagi meminta wang daripada seorang petugas bank sebelum melarikan wang berjumlah beribu-ribu Euro.

Suspek ditahan selepas seorang saksi mengekorinya sebelum merakamkan gambar lelaki itu sedang berehat di taman selepas merompak bank berkenaan.

Polis berkata, rakaman kamera keselamatan menunjukkan ada dua lelaki berbeza yang memakai tudung melakukan sekurang-kurangnya empat rompakan di Vienna dan Linz.

Bagaimanapun, polis tidak mendapat laporan kaitan antara kedua-dua suspek berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Kategori