Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Isu Rumah Tangga Goyah:...

AKTRES jelita Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut berhubung...

Ibu Restu, Andai Jodoh...

BARU-BARU ini kecoh dengan berita mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dikhabarkan mempunyai...

PPS Bersedia 24 Jam...

TAWAU - Pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah...

Warkah Terakhir Untuk Kau...

KEHILANGAN seseorang yang rapat dengan diri kita memang peristiwa yang menyedihkan dan akan...

Polis Nafi Video Tular Kanak-Kanak Didera Berlaku Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Video penderaan seorang kanak-kanak oleh seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bukan berlaku di Terengganu dan tiada kaitan dengan laporan polis yang dibuat seorang bapa yang kehilangan tiga anak baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fazlisyam Abd Majid berkata video yang berdurasi selama 1.07 minit itu menjadi tular di laman sosial dan WhatsApp yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipaksa oleh seorang lelaki untuk memanggil ibunya.

Katanya setakat ini, tiada laporan polis diterima mengenai kejadian cubaan culik kanak-kanak di Terengganu dan laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa pula didapati berpunca daripada perselisihan faham hingga menyebabkan isterinya membawa keluar tiga anak mereka dari rumah.

“Pihak polis juga telah memanggil bapa tersebut dan beliau telah mengesahkan bahawa kanak-kanak dalam video yang tular itu bukanlah anaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis sangat memandang serius tindakan setengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dan orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak benar yang ditularkan di media sosial. – BERNAMA

Kategori