Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

3,516 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,516 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif...

Operasi SAR Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang digerakkan untuk...

Pencemaran Air Di Selangor...

SHAH ALAM - Kejadian pencemaran sebanyak dua kali sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan...

Aliff Syukri Bidas Isu...

TERDAHULU jutawan kosmetik ini dikecam kononnya membela haiwan eksotik tanpa permit sah. Kini,...

Polis Perancis Rampas 20 Tan Miniatur Menara Eiffel

PARIS – Polis Perancis merampas 20 tan miniatur Menara Eiffel sebagai sebahagian daripada operasi membanteras penjualan cenderahati itu secara haram kepada pelancong di lokasi popular sekitar bandar Paris, kata sumber keselamatan.

Set lima cenderahati logam kecil itu dijual dengan harga serendah satu euro (RM4.80) di lokasi seperti muzium Louvre atau di luar kawasan Menara Eiffel sebenar, lazimnya oleh pendatang Afrika.

Hasil siasatan bersama membabitkan pihak berkuasa imigresen Perancis, membawa kepada serbuan ke atas tiga pemborong China yang disyaki mengimport menara itu dan membekalkan kepada rangkaian penjual di Paris.

Lebih daripada 1,000 kotak berisi 20 tan miniatur Menara Eiffel, dirampas dari dua depoh dan tiga kedai di rantau Paris pada Isnin dan Selasa, kata sumber keselamatan kepada AFP, mengesahkan laporan dalam akhbar Le Parisien.

Sembilan orang ditangkap sepanjang operasi itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori