Friday, January 3, 2025

Creating liberating content

SAINS Siasat Dua Restoran...

KUALA LUMPUR - Sebanyak dua buah restoran di Negeri Sembilan disiasat di bawah...

Saya Datang Ke KL...

KUALA LUMPUR – Tertuduh keempat dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony...

Suami Tikam Isteri Kerana...

India- Gurauan sepasang suami isteri di dapur akhirnya bertukar menjadi tragedi mengejutkan apabila...

Gambar: Majlis Resepsi Kedua,...

WOW, pasangan selebriti ini kelihatan sangat segak dan menawan persis putera dan puteri...

Polis Rampas Dadah Dan Motosikal Curi Di Pendang

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah serta sebuah motosikal curi yang ditungganginya di Kampung Chegar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira 6 petang di tepi jalan kampung itu selepas pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah jenis syabu dan heroin di dalam poket seluarnya.

“Sepasukan anggota bertindak memintas motosikal suspek menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri dan pemeriksaan pada tubuh badan suspek menemui sepaket lutsinar dadah syabu dengan anggaran berat 0.12 gram dan satu keratan straw lutsinar berisi serbuk disyaki heroin dengan anggaran berat 0.17 gram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari. Ini.

Katanya, ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin.

Arriz Sham berkata, semakan pada nombor pendaftaran motosikal jenis Benelli warna kuning yang ditunggangnya mendapati ia motosikal curi yang dilaporkan hilang di Merbok , Kuala Muda pada Julai lalu.


Semakan rekod lampau mendapati suspek yang masih bujang dan beralamat di Kampung Kuala Rimau, di sini memiliki tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan satu kesalahan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan suspek kini direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori